| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |  
  | Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:  1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”   2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."    Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
  | Tatabahasa | 26.11.2019 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | habis |  1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
  2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
  3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
  4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
  5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
  6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
 
  |  | Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,  |   
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Orang berzikir bawa tawakal,      Jawablah dengan Allah ya Rabbi;  Habis berfikir dengan akal,      Tuan juga masih di hati.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |