Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesan | Jawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya? | Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan". | Tatabahasa | 18.07.2008 |
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskan | Ciri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.02.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan imbuhan yang betul di kalangan pelajar? adakah pihak tuan mempunyai cara-cara yang lebih berkesan yang boleh dikongsi bersama? Terima Kasih. | Jwpn: Anda harus menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan, pengajaran yg paling berkesan dan utama dalam proses pembelajaran. Latih tubi juga berkesan selain mengulangi pelajaran sehingga pelajaran benar-benar menguasai pelajaran. | Lain-lain | 18.12.2006 |
apakah maksud wadah paling berkesan? | wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan. | Makna | 16.10.2007 |
Dia tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dan mengapakah salah? | kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa dan bila. kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah: Dia tidak tahu waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. | Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030". | Tatabahasa | 18.01.2013 |
apakah cara-cara yang paling berkesan bagi memartabatkan bahasa melayu melalui iklan? dan isu penyalahgunaan bahasa melayu dalam penggunaan papan tanda-berikan pendapat anda. terima kasih | Khidmat Nasihat Bahasa memberikan perkhidmatan terhadap pertanyaan yang berkaitan dengan ejaan (Rumi dan Jawi), istilah, aspek tatabahasa, semakan bahasa dan sebagainya. Untuk pertanyaan yang memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak kami cadangkan saudara manfaatkan bahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Tingkat 3, DBP. | Lain-lain | 24.03.2011 |
apakah 5 teknik pengajaran yang berkesan untuk mengajar kata terbitan imbuhan pinjaman? | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 10 : Pembentukan Perkataan Baharu ; Imbuhan Sanskrit, Arab - Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. | Tatabahasa | 05.07.2008 |
''hukuman rotan merupakan langkah yang berkesan untuk mendisiplinkan para pelajar''. Bicangkan. | Saudara dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP. | Lain-lain | 28.05.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kesan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,
2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,
3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan, |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|