Kata |
Takrif |
Sumber |
keramaian | 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keramaian | majlis utk merayakan sesuatu; pesta:Satu ~ telah diadakan di Taman Bunga utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. | Kamus Pelajar |
rai | ; meraikan menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. keraian hal menghormati seseorang dgn mengadakan jamuan atau keramaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rai; meraikan | menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. keraian hal menghormati seseorang dgn mengadakan jamuan atau keramaian. | Kamus Pelajar |
upacara | 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesta ria | acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagaibagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertemuan halalbihalal | majlis keramaian (pertemuan) utk bermaaf-maafan pd hari raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meraikan | menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upacara | 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. | Kamus Pelajar |
perayaan | pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
high day | n hari /keramaian, pesta/: ~s and holidays, hari keramaian dan hari cuti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unenjoyable | adj tdk menyeronokkan: an ~ party, majlis keramaian yg tdk menyeronokkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pains | she took great ~ over the party, dia bersusah payah utk majlis keramaian itu; they went to great ~ to see that everything went well, dia bersusah payah utk memastikan bahawa segala-galanya berjalan dgn baik; spare no~, bersusah payah: he spared no ~ to make it an enjoyable day, dia bersusah payah utk menjadikan hari itu menyeronokkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
too | all ~ /soon, quickly/, cepat /benar, betul, sangat/: the party ended all ~ soon, majlis keramaian itu cepat benar tamatnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enjoy | ~ os, berseronok-seronok, bersuka-suka: he always ~s himself at parties, dia selalu berseronok-seronok di majlis keramaian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
shy 1 | fight ~ of st., mengelak drpd: he always fights ~ of large gatherings, dia selalu mengelak drpd menghadiri majlis keramaian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
tipsy | adj (colloq) slightly drunk, mabuk sedikit: he came home ~ after the party, dia pulang dgn mabuk sedikit selepas majlis keramaian itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
whale | have a ~ of a time, (colloq) bersuka-suka, berseronok-seronok: we had a ~ of a time at the party, kami bersuka-suka di majlis keramaian itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vote | 2. (colloq), (usu pass.) agree or state as the general opinion, dikatakan:the party was ~d an enormous success, majlis keramaian itu dikatakan sangat berjaya; the play was ~d a failure, lakonan itu dikatakan gagal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unwelcome | adj 1. (of person) tdk dialu-alukan: she was an ~ guest at the party, dia ialah tetamu yg tdk dialu-alukan di majlis keramaian itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
community singing | nyanyi ramai | Kesenian | Tiada | Sekumpulan orang yang menyanyi dalam keramaian. |
happening event | acara menarik | Umum | Tiada | Perihal gembira di tempat hiburan atau keramaian. |
burdah | burdah | Kesenian | Drama dan Teater | Seni permainan rakyat berasaskan gendang yang dipalu dan disertai dengan nyanyian zikir burdah berbentuk pujian kepada keluarga untuk mendapat berkat dan kemuliaan majlis keramaian. |
folk song | lagu rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah. |
task passing | penyerahan tugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sesi rasmi yang diadakan untuk peralihan kuasa dari pentadbir yang lama kepada pentadbir yang baru. Sesi ini hanya sebagai sesi simbolik semata-mata sebagai penghormatan kepada kedua-dua pihak. Pentadbir lama yang telah tamat tempoh berkhidmat di tempat tersebut menyerahkan tugas, mungkin dalam bentuk fail atau kunci kepada pegawai baru yang mengambil alih tempatnya. Contoh penyerahan tugas pengarah jabatan atau institusi sering berlaku dalam suatu keramaian yang mesra. |
dikir barat | dikir barat | Muzik | Tiada | Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara penyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. |
hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tip | kaset | ngetip | merekod sesuatu bunyi dengan menggunakan kaset | ~ buwan | - | kaset yang mengandungi sejenis lagu tradisional Cebup yang dinyanyikan semasa keramaian untuk menghibur | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lavong kuli | lavong yang dibuat daripada kulit harimau bintang dan biasanya dipakai oleh orang lelaki yang berketurunan raja sewaktu majlis keramaian | | Pakain dan Aksesori |
maidan II | majlis; 1 badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat; 2 perjumpaan (orang ramai), keramaian: ~ pebahaih majlis perbahasan. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
magandang Mr Tl | majlis keramaian. | Upacara Magandang adalah merupakan upacara keriaan. Tujuannya adalah untuk bersukaria terutama sekali ketika adanya majlis-majlis keramaian nikah kahwin, selepas menuai dan lain-lain lagi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai Ib | perayaan keramaian dalam kalangan masyarakat Iban. | Nanga Tiga begitu sibuk seperti menyambut gawai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandau hari Ib | majlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja. | Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara sandau hari untuk menandakan kegembiraan. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka, terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongigol Kd | tarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian. | Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumingok, *lumingo* Mr | sejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya. | Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labung Ib | kain tenun untuk melilit kepala lelaki semasa menghadiri keramaian atau perayaan. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jungkil Bj Sm | sejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian. | Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garusai Ih | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu. | Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
keramaian | [ke.ra.mai.an] | کراماين |
|
Tesaurus |
---|
| ramai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar,
laguh-lagah, becang-becok, Berantonim dengan sunyi
2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira, Berantonim dengan sugul
3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau, Berantonim dengan lembap
4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,
5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun,
berasak-asak, berhimpit-himpit, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian, |
|
|