Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.

Takrif

Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Usang dibarui, lapuk dikajangi.

Takrif

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat lama pusaka usang.

Takrif

Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat dipakai baru, kain dipakai usang.

Takrif

Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,