| 
	
                            
		
			
				
					
  
    | Kata | Takrif | Sumber |  | kersang | kering dan tidak subur (bkn tanah); gersang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |  | kersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); gersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  | kersang | kering dan tidak subur (bkn tanah) gersang. | Kamus Pelajar |  | kering kersang | kering tidak subur (bkn tanah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |  | kersul | kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  | kegersangan | keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  | usang | 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  | usang | 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. | Kamus Pelajar |  | usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |  | gersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~; menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya; kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
				
					
  
    | Kata | Takrif | Sumber |  | arid | adj  1. dry, parched, gersang, kersang, kontang: ~ belt, kawasan gersang; 2. uninteresting, barren, membosankan: his life was ~ and joyless, hidupnya membosankan dan tdk bahagia; a style that is ~, gaya yg membosankan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |  | sterile | the salt-water flood rendered the fields ~, banjir air masin itu menjadikan ladang-ladang itu kersang;  2.  free from germs, bacteria, bersih drpd kuman, steril:  ~ surgical instruments, alat-alat pembedahan yg steril; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |  | sterile | adj   1.  unable to reproduce, infertile, mandul;  (of soil etc) kersang, tandus:  she had become ~ because of a severe illness, dia menjadi mandul disebabkan sakit yg teruk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |  
				
					
  
    | Istilah Sumber | Istilah Indonesia | Istilah Brunei | Istilah Malaysia | Bidang |  | arid | kersang | Tiada | kersang | Geologi |  | arid climate | iklim kersang | Tiada | iklim kersang | Geologi |  | arid | kering | Tiada | kersang/gersang | Biologi |  
				
					
  
    | Kata | Takrif | Bahasa | Tema |  | megau I | gersang, tandus; 1 kering dan tidak subur bkn tanah, lemantak: tanak ~ tanah gersang; 2 kersang, tegak kaku (bkn rambut), usang: buok ~ rambut kersang. | Melanau Mukah |  |  
				
					
  
    | Kata | Sebutan | Jawi |  | kersang | [ker.sang] | کرسڠ |  | 
 
    |