Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
rumah buruk atau rumah usang. mana lebih tepat penggunaannyaPenggunaan yang tepat ialah "rumah usang" kerana usang bermaksud sudah lama benar berbanding dengan buruk yang mempunyai maksud lebih umum iaitu tidak cantik.Tatabahasa16.08.2011
Pak Seman tinggal bersama isterinya di teratak usang di Kampung Hulu. A bersama-sama dengan isterinya di rumah usang B dengan isterinya di teratak lama C bersama isteri di teratak usang D bersama isterinya di teratak usang munsyi, apakah jawaban lebih sesuai? adakah bersama dan bersama-sama bermaksud sama? TQPak Seman tinggal bersama-sama isterinya di teratak usang di Kampung Hulu.Tatabahasa15.02.2012
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain?Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja.Makna13.08.2008
Pak Seman tinggal bersama isterinya di teratak using di Kampung Hulu. A bersama-sama dengan isterinya di rumah usang B dengan isterinya di teratak lama C bersama isteri di teratak usang D bersama isterinya di teratak usang (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TK)Jawapan yang adalah bersama-sama isterinya di teratak usang.Tatabahasa06.03.2013
Rumah buruk itu sudah dirobohkan oleh pihak Majlis bandaran Kuantan. Adakah penggunaan 'buruk' betul dalam ayat ini.Penggunaan yang paling tepat ialah usang, iaitu Rumah usang itu dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Kata buruk memberikan maksud terlalu umum, iaitu tidak cantik.Tatabahasa18.08.2011
Jam tua/usang itu tergantung di/pada dindingJam tua/ usang (boleh digunakan) pada dinding.Tatabahasa09.05.2009
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang 
atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.

Makna21.08.2021
betulkah tatabahasa dan struktur ayat-ayat ini; 1) Bangunan itu masih kelihatan kukuh walaupun sudah usang. 2) Kerusi yang hampir patah itu tidak akan saya baiki. 3) kawanan lembu itu pulang ke kandang balik. 4) Ayam Mak Tijah yang satu ini bulu balik.

Ayat (1) dan (2) betul. Ayat (3) dan (4) yang telah dibetulkan tatabahasanya adalah seperti yang berikut:

(3)Kawanan lembu itu pulang semula ke kandang.

(4)Ayam Mak Tijah yang seekor ini berbulu balik.
Tatabahasa17.03.2014
Tuan/Puan: 1.Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan kuno dan antik? 2.Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya. Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya.

2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya.
Tatabahasa27.12.2016
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,