Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam jarak tak tumbuh jarak, Jarak nak tumbuh di langit putih; Beri perak tak ambuhlah perak, Saya ambuh ke baju putih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tumbuh padi tumbuhnya rendah, Patah dilanyak si anak Cina; Harap hati terlalu gundah, Mengenang tuan entah di mana.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami.
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...