Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Takrif

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tumbuh di tanah yang gembur.

Takrif

Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Takrif

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bahaya tumbuh, sengketa habis.

Takrif

Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerambil tumbuh di matanya.

Takrif

Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, (Biasa juga: Dikiaskan kepada perempuan cantik yang kuyu matanya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah tumbuh, hilang berganti.

Takrif

Terus menerus ada gantinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Takrif

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu).

Takrif

Hidup dalam kemelaratan. kerakap = sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di mana tumbuh, di situ disiang.

Takrif

Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti birah tumbuh di tepi lesung.

Takrif

Anak-anak yang lekas subur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.



Lihat selanjutnya...