Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tumbuh lalang binasa padi, Lelah menugal tiada faedah; Sungguh malang tua keladi, Kerana gatal kepala pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi belukar, Semut pun suka membuat sarang; Sungguh malang jadi pembesar, Kentutnya saja diributkan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang berdiri tegak, Bilalah tinggi baru dikerat; Sungguh malang berbini banyak, Ke mana pergi bini mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi rebung Di berak kucing tiada berguna; Sungguh malang berlaki bingung, Diajak berunding mulut menganga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang di tepi teratak, Semilunya tajam bagaikan panah; Sungguh malang berbini banyak, Satu berhentam semua menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.



Lihat selanjutnya...