Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis? | Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan. | Ejaan | 05.05.2017 |
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TK | Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup? | Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup? | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Apakah perbezaan antara perihal menumbuhkan dan perihal tumbuh/berkembang? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penumbuhan+pertumbuhan&d=175768LIHATSINI | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "tumbuh" ialah hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain). Contoh ayat: Anak kelapa sudah mulai tumbuh. Manakala perkataan "menumbuhkan" pula memberi makna menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah; menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna. Contoh ayat: Baja ini gunanya untuk menumbuhkan benih semaian itu dengan cepat. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 19.09.2021 |
Banyak orang membeli hasil tanaman Encik Wong kerana buah-buahannya tumbuh subur.Adakah ayat ini betul? | Ayat ini salah kerana "buah-buahan" tidak boleh "tumbuh subur". Hanya "pokok" atau "tanaman" sahaja yang boleh tumbuh subur. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.12.2016 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasih | Kedua-da ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
salam sejahtera tuan, bolehkah penggunaan peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas huan' digunakan untuk ayat ini : 'Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkatr daerah diadakan'. | Peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa dalam ayat ialah Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat daerah diadakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. | Makna | 14.09.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.
Lihat selanjutnya... |
|