Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RAJA MUNDELIAR

RAJA MUNDELIAR (? - ? ), saudagar keturunan Keling pada zaman Kesultanan Melaka. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui secara pasti. Raja Mundeliar adalah seorang yang kaya-raya dan oleh sebab itu dia dapat bergaul serta berdamping dengan pembesar-pembesar Melayu yang menjadi tonggak pentadbiran Empayar Melaka pada ketika itu. Dengan kedudukannnya itu, dia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap beberapa pembesar yang rapat dengannya. Dia juga terlibat dalam kegiatan serta putar-belit politik para pembesar itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
 
tonggak (kata nama)
1. Bersinonim dengan pancang: tiang, turus, pacak, turas, tunggul, patok,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, tapak, sendi, lunas, teras, pangkal, pokok, akar, umbi, tunjang, rukun, tiang, sandaran, pegangan, prinsip.,