Kata |
Takrif |
Sumber |
menghunjam | 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hunjam | ; menghunjam 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; menghunjamkan 1. menjunamkan, menukikkan: ~ layang-layangnya menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dlm tanah dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut; terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus tulang belakang | rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turus empang | tiang yg menahan empang supaya kukuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turus belat | tiang atau tonggak yg menahan belat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turus | 1 tiang drpd kayu dll utk mengukuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turus empang | tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus dayung | kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus belat | tiang atau tonggak yg menahan belat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus negeri | sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
general staff | n kakitangan turus am. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bar chart | n carta turus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Chief of Staff | n Ketua Turus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
column | n 1. upright pillar, tiang: the ~s supporting the roof, tiang-tiang yg menyokong bumbung; Nelsons ~, tiang Nelson; 2. any column-shaped object or mass, a. (of smoke etc) kepulan, gumpalan; b. (of water) pancutan, memancut: a ~ of water shot up from the ground, pancutan air dr tanah; c. (the steering column) turus roda kemudi; 3. (journ) regular article, feature, ruang: gossip ~, ruang desas-desus; 4. a vertical row or list, lajur: write the figures in the ~s provided, tulis angka-angka di dalam lajur yg disediakan; 5. line of ships, people, etc following one another, jajaran: a ~ of soldiers, jajaran askar; a ~ of ants, jajaran semut; 6. (bot) turus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impale | vt pierce through, transfix, (act.) menikam, menusuk; (pass.) tertikam, tertusuk; (hist) menyula: the colonel committed suicide by impaling himself on his own sword, kolonel itu membunuh diri dgn menikam dirinya dgn pedang; his body was ~d on the broken steering column, badannya tertikam pd turus roda kemudi yg patah itu; the ing ordered him to be ~d, raja itu memerintahkan supaya dia disula. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
head | 7. obverse side, kepala: everytime he spun the coin it came up ~s, setiap kali dia memusingkan duit syiling itu kepala yg naik; ~s or tails?, kepala atau bunga?; 8. pus-filled part, mata, punat: the ~ of a boil, punat bisul; 9. froth on liquid, buih, busa; (of milk) kepala; 10. (of tape recorder etc) kepala; 11. (of water) turus; 12. chief, leader, ketua: the ~ of the family, ketua keluarga; ~s of state, ketua-ketua negara; ~s of government, ketua-ketua kerajaan; the ~ gardener, ketua tukang kebun; 13. each, seorang, sekepala: eight dollars a ~ for the meal, lapan ringgit seorang utk hidangan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
column | lajur; ruang; turus, tiang, lajur kolum | Perubatan | Tiada | 1. Sebarang struktur seperti turus, contohnya turus spina. |
column chromatography | kromatografi turus | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi yang menggunakan turus padatan untuk memisahkan campuran dalam larutan. Padatan turus tersebut boleh terdiri daripada resin penukar ion, gel silika atau alumina dan lain-lain penjerap. Pemisahan terjadi disebabkan oleh keupayaan komponen sampel terjerap pada padatan. |
electron column | turus elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Turus elektron berfungsi untuk membolehkan elektron bergerak dari sumber elektron ke permukaan sampel bagi menghasilkan imej pada resolusi berskala nano. Turus electron ialah salah satu komponen pada mikroskop electron. |
column efficiency | kecekapan turus | Kimia | Kimia Analisis | Kemampuan turus memisahkan suatu campuran dengan baik. Ia boleh digambarkan oleh puncak-puncak yang tajam dan jelas terpisah di antara satu sama lain dalam kromatogram. Kecekapan turus ditunjukkan oleh bilangan plat teori ataupun nilai tinggi setara plat teori, H. |
column chromatography | kromatografi turus | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan fasa pegun, seperti serbuk alumina atau silika di dalam turus kaca, dan fasa geraknya ialah pelarut cecair yang dimasukkan ke dalam turus setelah dimasukkan campuran yang akan dianalisis. Penjerapan berpilih komponen campuran tersebut akan berlaku di sepanjang fasa pegun. Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan sebatian kimia andrografolida dalam ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
capillary column | turus rerambut | Kimia | Kimia Analisis | Turus kromatografi gas yang sangat kecil dan diameter dalamnya kurang daripada 0.5 mm. |
packed column | turus terpadat | Kimia | Kimia Analisis | Turus yang diisikan dengan zat padatan sebagai fasa pegun atau penyokong fasa. |
chromatographic column | turus kromatografi | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang turus yang diperbuat daripada kaca, keluli, tembaga atau polimer, yang didapati dengan fasa pegun. Ia merupakan tempat pemisahan berlaku dalam teknik-teknik kromatografi seperti kromatografi gas dan cecair. |
reverse phase liquid column chromatography | kromatografi turus cecair fasa terbalik | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi turus yang menggunakan padatan (fasa pegun), tidak berkutub dan pengelusi (fasa gerak) berkutub. |
theoretical plate | teori plat | Kimia | Kimia Analisis | Teori yang menerangkan tentang kecekapan turus untuk memisahkan campuran bahan-bahan. Teori ini menganggap turus ini terdiri daripada satu siri plat berasingan yang kuantiti zat terlarutnya dalam fasa gerak dengan fasa pegun berada dalam keadaan keseimbangan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
turus | saker (kayo saker) [sakr] | Melanau Dalat | |
turus | tuus. | kedayan | |
sukun | turus | TETAW | |
chegai, chegai-chegai | 1 tegak; berdiri lurus (bkn tiang, turus dll); 2 tercegat: anang ~ ba jalai jangan tercegat di jalan | Iban | |
Kamus Sains.indb carta adiabatik) Gambar rajah yang digunakan untuk menyatakan keadaan termodinamik seba- hagian atmosfera yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan. (HID) adiabatic packed bed reactor (reaktor turus terpadat adiabatik) Reaktor yang digunakan untuk tindak balas fasa gas. Reaktor ini berupa suatu adenopathy adiabatic packed bed reactor Kamus Sains.indb 22 7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem penyejuk dan ditebat un- tuk mengelakkan penukaran haba dengan persekitaran. Diameter reaktor ini biasanya jauh lebih besar daripada panjangnya supaya haba yang hilang
|
Kamus Thai 2.indb atas perbuatan sesetengah kakitangan kerajaan yang meminta duit kopi. สมภาร [sompa:n] น ketua wat สมโภช [sompot] ก merayakan: งานนั้ น จัดขึ้ นเพื่ อสมโภชหลักเมืองยะลา Pesta itu di adakan untuk merayakan turus negeri Yala. สมมุติ [sommut] ก mengandaikan: เขา สมมุติตัวเขาเป็นเจ ้ าเมืองในการแสดงนั้ น Dia mengandaikan dirinya sebagai raja dalam lakonan itu. สมมุติฐาน [-tita:n] น andaian สมมุติฐาน การวิจัยที่ ตั้ งนั้ นไม ั ฐมนตรีที่ เกี่ ยวข ้ อง Pegawai di tiga wilayah sempadan selatan Thai mengemukakan pendapat mereka ke pada menteri-menteri yang berkenaan. เสนาธิการ [se:na:tika:n] น ketua turus เสนารักษ ์ [se:na:rak] น kor perubatan tentera เสนาะ [san] ว merdu เสนียด [saniat] น celaka: เป็นเสนียด จริง ๆ สำหร ั บบ ้ านที่ ตะกวดเข ้ าไป Sungguh
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
turus | [tu.rus] | توروس |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
rangka paksi | axial skeleton | Rangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk. | Menengah Atas |
kumpulan | group | Unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala. Contohnya, kumpulan gas adi dan kumpulan halogen. | Menengah Atas |
|
|