Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.

Takrif

Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.

Takrif

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak.

Takrif

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.

Takrif

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mempertinggi tempat (= bekas) jatuh, memperdalam tempat (= bekas) kena.

Takrif

Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Takrif

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memberakkan periuk nasi sendiri.

Takrif

Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rumah (= tempat kediaman) mana yang tidak bersampah.

Takrif

Tak ada sesuatu yang tak ada cacatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala.

Takrif

Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Takrif

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
261

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...