Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul: 'Lain-lain tempat' atau 'Tempat-tempat lain' atau 'tempat lain-lain'? | Frasa yang betul ialah 'Tempat-tempat lain'. | Tatabahasa | 23.02.2011 |
Mana betul : Lain-lain tempat atau Tempat-tempat lain? | Saudara, Frasa yang betul ialah 'Tempat-tempat lain'. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Terima kasih kerana telah menjawab soalan tentang Tempat-tempat lain. Tetapi saya masih ingat, Cikgu saya mengajar "lain-lain tempat". Adakah kerana hukum ini telah berubah atau saya telah salah diajar sebelum ini? | Sama-sama saudari Sabrina. Penggunaan frasa yang betul ialah 'tempat-tempat lain' Hal ini kerana frasa tersebut perlu mematuhi hukum D-M. Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : tempat-tempat (diterangkan) lain (menerangkan); guru(diterangkan)bahasa (menerangkan); lampu(diterangkan) minyak (menerangkan). Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 376 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2012 |
penggunaan 'lain-lain'.contoh,'lain-lain tempat' | Penggunaan yang betul ialah tempat-tempat lain dan hal-hal lain. Penggunaan lain-lain lazimnya digunakan seperti dan lain-lain atau dan yang lain-lain. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
Apakah istilah paling sesuai untuk perkataan 'ranking show'. Ranking show di sini merujuk kepada rancangan TV yang memberi ranking kepada tempat-tempat perlancongan misalnya. Jika tiada istilah tertentu, mohon berikan cadangan. Terima kasih. | Cadangan istilah yang sesuai ialah rancangan penarafan. | Istilah | 09.01.2017 |
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'? | Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan? | Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan. | Lain-lain | 02.11.2015 |
Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? | Ayat "Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad." adalah betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa. | Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh. | Tatabahasa | 04.07.2014 |
tempat bertugas atau tempat tugasan??yang mana yang betul?? tq | Tempat bertugas. | Istilah | 15.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 261 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita. My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|