Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Kamus Thai(Beta)Bahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
tahu tahu-tahuKamus Pelajar
tahu-tahu1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahu-tahu1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahu-tahu 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar
tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu.Kamus Pelajar
perajurit yg tahu-tahuperajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahu tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali.Kamus Pelajar
tahu1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ke­tahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tidak tahu-menahutidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahu sama tahua) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...