Kata |
Takrif |
Sumber |
diagnosis | perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diagnosis | perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya: ~ yg tepat boleh dibuat dgn memeriksa calitan darah yg diambil dr haiwan yg baru mati utk menentukan kehadiran bakteria penyebab. mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakai | mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendiagnosis | mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakai | mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendiagnosis | mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takai | ; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. penakaian perihal atau perbuatan menakai: ~ dijalankan berdasarkan maklumat atau hasil pemerhatian yg dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takai | menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa; penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dsb) menakai: maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg berpenyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidentifikasikan | 1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis kualitatif | ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
identify | vt 1. ascertain identity of, mengecamkan, mengenal pasti: can you ~ your suitcase?, bolehkah kamu mengecamkan beg kamu?; the mother was asked to ~ her dead son, ibu itu diminta mengenal pasti mayat anaknya; 2. determine, mengenal pasti: ~ing the problems of the ailing economy proved to be quite a task, mengenal pasti masalah ekonomi yg sedang meleset itu merupakan satu usaha yg agak sukar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unenviable | adj not causing envy, tdk menyenangkan: he had the ~ task of identifying the body, dia mempunyai tugas yg tdk menyenangkan, iaitu mengenal pasti mayat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mark1 | ~ so. out , choose, identify so., mengenal pasti sso: the manager had already ~ed him out as suitable executive material, dia dikenal pasti oleh pengurus sbg orang yg sesuai utk menjadi eksekutif; ~ st out,make lines on st | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
track | 2. follow the flight, path of a satellite, etc by radar, mengesan: the capacity to ~ and identify aircraft has increased, keupayaan utk mengesan dan mengenal pasti kapal terbang telah meningkat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pin-point | vt 1. locate precisely, menunjukkan [sst] dgn tepat: he was able to ~ the groups location on the map, dia dapat menunjukkan kedudukan kumpulan itu dgn tepat di peta; 2. identify, mengenal pasti: its difficult to ~ what is actually wrong with her, sukar hendak mengenal pasti apa sebenarnya yg tdk kena dengannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pool 2 | kita boleh berunding dan mengumpulkan buah fikiran kita; they ~ed their information about the murder and were able to identify the murderer, mereka mengumpulkan maklumat ttg pembunuhan itu lalu dapat mengenal pasti pembunuhnya; the villages ~ed their food resources for the feast, penduduk-penduduk kampung itu mengumpul sumber makanan mereka utk mengadakan kenduri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
line-up | n 1. arrangement of people organized for a purpose, barisan; (players) barisan pemain: star-studded ~ at the Charity Show, barisan bintang terkenal di Pertunjukan Amal; the new cabinet ~, barisan kabinet yg baru; the team has a strong ~, pasukan itu mempunyai barisan pemain yg handal; 2. queue of people, barisan orang: a long ~ outside the cinema, barisan orang yg panjang di luar panggung wayang; 3. (US) identification parade, barisan kawat cam: she was asked to identify the thief in the ~, dia diminta mengenal pasti pencuri dlm barisan kawat cam itu; 4. series of programmes, rancangan: an exciting ~ on TV tonight, rancangan TV yg menarik pd malam ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
opportunity recognition skill | kemahiran mengenal pasti peluang | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu. |
label | label | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail. |
immunodiffusion | imunoresapan | Sains Forensik | Tiada | Kaedah untuk mengenal pasti antigen atau antibodi melalui resapan dalam gel untuk membentuk presipitin. Corak garisan presipitin dalam gel digunakan untuk mengenal pasti jenis dan kepekatan antibodi atau antigen tersebut. Dalam ujian serologi forensik, teknik ini boleh digunakan untuk menentukan sesuatu spesies sama ada manusia atau haiwan melalui sampel darah yang diuji. Lihat juga presipitin. |
threat assessment | taksiran ancaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer. |
microsatellite analysis | analisis mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti pewarisan gen berdasarkan DNA mikrosatelit. Kaedah ini diaplikasikan dalam bidang sains forensik. Contohnya untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa. Lihat juga DNA mikrosatelit. |
identification | pengecaman | Sains Forensik | Tiada | Proses mengenal pasti bahan bukti fizikal dengan menggunakan teknologi dan sains forensik. Contohnya, identifikasi DNA forensik melibatkan penggunaan teknologi PCR dan statistik forensik untuk mengenal pasti sumber DNA yang dipertikaikan. |
marketing research | penyelidikan pemasaran | Komunikasi | Korporat | Proses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan. |
participant observation | pengamatan peserta | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial. |
operation security (OPSEC) | keselamatan pengendalian (OPSEC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan. |
import risk analysis (IRA) | analisis risiko import (IRA) | Perikanan | Akuakultur | Proses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut. |
Kamus Sains.indb penting ialah aerial dwikutub dan aerial berarah. Sinonim antenna. (FIZ) aerial photo interpretation (tafsiran foto udara/ulasan foto udara) Pentafsiran dan penerangan yang dibuat berdasarkan foto udara untuk menge- nal pasti objek tertentu seperti jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi dan bagi tujuan pemetaan. (HUT) aerial photography (fotografi udara) Siri gambar permukaan bumi yang diambil dari kapal terbang yang bergerak testosteron. (BIO) anecdysis (anekdisis) Jangka masa yang panjang dan pasif antara dua proses salin kulit pada artro- pod. Pada masa ini, persediaan untuk proses salin kulit seterusnya tidak dapat dikenal pasti. (BIO) anellus (anelus) Plat berbentuk segi tiga atau gelang kecil yang disokong oleh katup dan vinku- lum pada serangga Lepidoptera. (BIO) anemochorous (anemokor) Perihal tumbuh-tumbuhan yang mempunyai buah atau
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd penyusunan. analisis aliran sekuriti (Ig. security flow analysis; Br. analisis aliran keselamatan; Id. analisis alir sekuritas) Penilaian dan analisis yang dilakukan terhadap suatu spesifikasi formal yang bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aliran maklumat. Aliran maklumat yang dianalisis mungkin berlaku sesama komponen sistem atau antara persekitaran luaran dengan sistem, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br. analisis
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penyiasatan saintifik | scientific investigation | Kaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan. | Menengah Rendah |
elektroskop | electroscope | Alat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cap jari DNA | DNA finger printing | Jujukan asid deoksiribonukleik (DNA) yang digunakan untuk mengenal pasti seseorang individu. | Menengah Atas |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
identifying restriction | pembatasan mengenal pasti | EKO |
|
Tesaurus |
---|
| kenal (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;, | | Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal, |
|
|