Kata |
Takrif |
Sumber |
mengakui | 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakui | 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakui | 1. mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2. menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. | Kamus Pelajar |
asyhadu | Ar saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iktiraf | ; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiktiraf | 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesahkan | 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafi | Ar 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll), ingkar; menafikan tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu); penafian perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya, imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percaya | 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
acknowledge | vt 1. admit, mengakui: he ~d his ignorance of the law, dia mengakui kejahilannya ttg undang-undang; one should be able to ~ os mistakes, seseorang harus dapat mengakui kesilapannya; to ~ defeat, mengaku kalah; 2. recognize, accept, mengakui; (fml) mengiktiraf: to ~ the truth of a statement, mengakui kebenaran sesuatu kenyataan; to ~ so. as leader, mengakui sso sbg pemimpin; he was ~d as heir to the throne, baginda diiktiraf sbg pewaris takhta kerajaan; 3. indicate appreciation for, menghargai: to ~ sos services, menghargai khidmat sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avowed | adj self-acknowledged, mengakui dirinya: an ~ Maoist, seorang yg mengakui dirinya pengikut Mao. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avow | vt 1. declare, affirm, mengatakan; 2. admit, mengakui: he ~ed himself an atheist, dia mengakui dirinya sbg ateis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confess | vt 1. admit, mengaku; (fault, crime, etc) mengakui: she ~ed that she did it, dia mengaku bahawa dia melakukannya; he ~ed himself surprised, dia mengaku bahawa dia terperanjat; he ~ed his error, dia mengakui kesilapannya; 2. tell os sins to God, priest, membuat pengakuan; (foll by a clause) mengaku: to ~ os sins, membuat pengakuan dosa; she ~ed that she had sinned, dia mengaku telah membuat dosa; 3. hear the confession of, mendengar pengakuan dosa: the priest ~ed him, paderi itu mendengar pengakuan dosanya; ~ to st, telah mengaku (+ approp ): he did not ~ to the crime, dia tdk mengaku telah melakukan jenayah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
humble | eat ~ pie, mengakui kesilapan sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
agree | vt grant, bersetuju, mengakui: he ~d that the price was too high, dia bersetuju bahawa harganya terlalu mahal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
affirmative | adj 1. asserting as true, /mengiakan, mengakui/ + approp n: the tests produced ~ results, ujian-ujian itu menghasilkan keputusan yg mengiakan hipotesis; 2. indic agreement, mengiakan: he gave an ~ nod, dia mengangguk mengiakan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
attest | vt 1. affirm the correctness, truth of, mengakui; 2. (leg.) mengaku saksi; 3. be proof of, demonstrate, membuktikan, menjadi bukti: the ruins ~ the greatness of Rome,reruntuhan itu menjadi bukti keagungan Rom; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fox | vt 1. (colloq) confuse, baffle, (act.) membingungkan; (pass.) bingung: I must admit the last question completely ~ed me, saya mesti mengakui soalan terakhir itu betul-betul membingungkan saya; 2. deceive, trick, menipu: dont try to ~ me, jangan cuba menipu saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
denial | n 1. declaring as untrue, non-existent, penafian, penyangkalan: his ~ of the allegation, penafiannya thdp tuduhan itu; 2. refusal to give, fulfil, a. (gen) tindakan tdk memberikan: the ~ of citizenship rights, tindakan tdk memberikan hak-hak kewarganegaraan; b. (access, admittance, etc) tdk membenarkan: the ~ of entrance to unauthorized persons, tdk membenarkan orang-orang yg tdk ada kebenaran masuk; c. (of respect, plea, etc) penolakan; 3. disowning, disavowal, tdk mengakui: his ~ of his family was the result of a dispute, dia tdk mengakui keluarganya akibat perbalahan; 4. statement denying st, kenyataan penafian, sangkalan: the accuseds ~ of the charge, kenyataan penafian orang yg dituduh thdp dakwaan itu; 5. see SELF-DENIAL. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
aku; mengakui | menada [mnada]; mena tada tangan [mna tada taan] | Melanau Dalat | |
aguong III | mengambil atau mengakui barang orang lain sbg miliknya, abuk, mengabuk. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | Bila mentua membawa saging menantu sudah faham, beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mengakui | [me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui |
|
|