Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.

Takrif

Tidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Aku alah, engkau tak menang.

Takrif

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siapa mengaku berak di tengah jalan?

Takrif

Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.

Takrif

Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui

Peribahasa
11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...