Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Arulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Laju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.



Lihat selanjutnya...