Kata |
Takrif |
Sumber |
tahan kulit | Jh tidak lut senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapik I | 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terompah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda saudaranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar mengkuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan I | 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejuk I | 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitam | 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
tough | adj1. strong, difficult to tear, break, etc, kuat; (of meat) liat; (of skin, hide) keras; (of leather etc) kuat, tahan: a raincoat of ~, water-resistant material, baju hujan yg dibuat drpd bahan yg kuat serta kalis air; the animal has a ~ hide, binatang itu kulitnya keras; shoes made of ~ leather, kasut yg dibuat drpd kulit yg tahan; this steak is so ~ that I can hardly cut it, stik ini liat sangat sehingga saya tdk boleh memotongnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nipis kulit | nipis kulit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Memecylon spp. daripada famili Melastomaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah delek tembaga. Spesies utamanya termasuk memecylon pubescens. Gubal kayu nipis kulit biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan, boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, tidak tahan tetapi bahagian gubal kayunya mudah diawet. kayuu nipis kulit bersaiz kecil dan digunakan sebagai kayu jaras. |
hard cover | kulit keras | Komunikasi | Tiada | Kulit buku yang dibuat daripada bahan yang tahan lama, dengan kekuatan dan ketebalan yang mampu melindungi kepingan kertas di dalamnya. |
paperback | kulit lembut | Komunikasi | Tiada | Kulit buku yang lebih nipis dan diperbuat daripada bahan yang tidak tahan lama. Kos pengeluaran buku berkulit lembut adalah lebih rendah berbanding dengan buku berkulit keras. Tujuannya ialah untuk mempertingkatkan bilangan edaran buku kepada khalayak. |
Kaposis sarcoma | sarkoma Kaposi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan di bahagian kulit yang mengalami proliferasi sel yang akhirnya menjadi kanser, biasanya dialami pesakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS). |
gelam | gelam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu gelam berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gelam tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu. |
Kamus Parsi.indb kenār( رانک ،ولهپ )pahlavān( ناولهپ )pahn( نهپ )piyāde( هدايپ )piyāde row( ور هدايپ )piyāz( زايپ )piyāzche( هچزايپ )payām( مايپ )payāmbar( ربمايپ )pīch( چيپ )pīch gūshtī( ىتشوگ چيپ )pīchīde( هديچيپ tepung kulit memakai wang, duit tepi, sebelah pahlawan luas berjalan kaki kaki lima bawang daun bawang mesej, amanat utusan Allah, nabi skru pemutar skru kompleks, rumit powder skin to wear money side دلج یفا ّ حص ،ندرک دلج )jeld kardan, ṣaḥḥāf ī( )jelow( ولج )Jom‘e( هعمج baru kren pulau tubuh, jasad (sudah meninggal) pesta perayaan, kenduri kotak burung hantu pasang, sepasang kulit sampul jilid menjilid bahagian hadapan, barisan depan Jumaat new crane island dead body ceremony feast, festival box owl pair wrapper volume to bind front Friday هعمج ون ،ديدج Kamus Parsi
|
Kamus Sains.indb menutupi satu ekar kawasan hingga kedalaman satu inci. Istilah ini sering digunakan dalam pemulihan eko- sistem yang telah rosak atau terbiar. (BIO) acrilonitrile butadiene styrene (akrilonitril butadiena stirena) Plastik yang tahan kakis terhadap asid tak mengoksida, asid cair, alkali cair, aromatik, hidrokarbon terklorin dan hidrokarbon alifatik pada suhu yang kurang daripada 65 o C. Singkatan ABS. (KEJ) acrocyanosis (akrosianosis) Keadaan yang aculeate (akuleat) Kumpulan serangga Hymenoptera yang terdiri daripada lebah dan tebuan. (BIO) aculeus (akuleus) 1. Sengat. 2. Spikul kecil bak jarum pada sayap serangga Lepidoptera. 3. Duri yang tumbuh pada kulit kayu, seperti duri pokok ros. (BIO) acuminate (akuminat) Perihal sesuatu yang mencuar panjang dan lancip seperti duri. (BIO) acute arthritis (artritis akut) Artritis yang berlaku secara akut, dan mempunyai ciri
|
Kamus Thai 2.indb 00 AM น 207 นวม [nuam] น sarung tangan tinju น ่ วม [nuam] ว lembik นวล [nuan] ว 1 (ส ี ) putih kekuningan 2 (ผิว) halus: นางงามคนนั ้ นผิวนวลมาก Kulit ratu cantik itu sangat halus. นอ [n:] น sumbu นอก [n:k] น luar นอกกฎหมาย [-kotma:y] น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang ่ น นานมาแล ้ ว Saya sudah lama di sini. 2 ดู นมนาน เนิบนาบ [n:pna:p] ว perlahan-lahan เนียน [nian] ว halus: ผิวผู ้ หญิงคนนั ้ น เนียนและสวย Kulit wanita itu halus dan cantik. เนื ้ อ [na] น daging เนื ้ อคู ่ [-ku:] น jodoh เนื ้ อร ้ อง [-r:] น lirik, seni kata เน
|
Kamus Thai 2.indb โดนแดดมาหลายวันผิวของเขาก็ลอก Setelah beberapa hari kena panas, kulitnya pun menggelupas. 2 meniru: นักศึกษาบางคน ลอกคำตอบของเพื่ อนในห ้ องสอบ Sesetengah pelajar meniru jawapan kawan mereka dalam bilik peperiksaan. ลอกคราบ [-kra:p] ก bersalin kulit: งูเป็นสัตว ์ ที่ ลอกคราบ Ular adalah bina- tang yang bersalin kulit. ล็อกเกต [lkket] น loket ลอง [l:] ก 1 mencuba: คุณสามารถลอง กางเกงตัวนี้ ได ้ ในห ้ องนั้ น Encik boleh men- cuba seluar ini di dalam bilik itu. 2 cuba |
Kamus Thai 2.indb นไม ้ โกงกางทนทาน เกี ่ ยว แก ่ น Kamus Thai 2.indb 27 4/15/2008 11:03:08 AM ก 28 มากในการทำเสาชานบ ้ าน Teras kayu bakau sangat tahan dijadikan tiang pelantar rumah. แกม [kε:m] ว bercampur: เสื้ อเขาสีแดง แกมเหลือง Warna bajunya merah ber- campur kuning. แก ้ ม [kε:m] น pipi แกร ่ ง [krε] ว 1 keras: กำแพงซีเมนต ์ น ั ้นแกร ่ งมากเพราะเสริมเหล็กไว ้ Dinding si- men itu sangat keras kerana di dalam- nya ada tetulang besi. 2 tahan lasak: น ั กร ั กบี้ คนน ั ้ นแกร ่ งมาก Pemain ragbi itu tahan lasak. แกร็น [krεn] ว kerdil แกระ [krε] น tuai, ketam แกล ้ ง [klε
|
Kamus Thai 2.indb านของเขา Dia sedia mening galkan kampung halamannya. สัน 2 a dari: เรือสินค ้ าลำนี้ เดินทางมาจากเมืองจีน Kapal dagang ini datang dari China. b daripada: กระเป๋าใบนี้ ทำจากหนังจระเข ้ Beg ini dibuat daripada kulit buaya. จับกัง จาก Kamus Thai 2.indb 107 4/15/2008 11:05:46 AM จ 108 จาง [ca:] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ ก menyambar ฉวยโอกาส [-o:ka:t] ก mengambil kesempatan ฉวัดเฉวียน [cawatcawian] ก berlegar-legar: นกอินทรีกำล ั งบินฉว ั ดเฉวียน บนอากาศ Burung helang berlegar-legar di angkasa. ฉวี [cawi :] น kulit ฉ ้ อ [c:] ก menipu: เขาฉ ้ อทร ั พย ์ ส ิ นของ คนอื่ น Dia mengambil harta orang de ngan menipu. ฉ ้ อราษฎร ์ บังหลวง [-ra |
|
Tesaurus |
---|
| tahan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,
2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,
3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,
| Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan, |
|
|