Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Peluru perak pemecah kubu yang kuat.

Takrif

Wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi dalam kepuk.

Takrif

Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menyukat belut hidup.

Takrif

Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angin bersiru, ombak bersabung.

Takrif

Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angin berputar, ombak bersabung.

Takrif

Perkara yang amat sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau getah meleleh, kalau daun melayang.

Takrif

Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telur di hujung tanduk.

Takrif

Dalam keadaan bahaya; serba sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk.

Takrif

Menghadapi perkara yang sangat sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.

Takrif

Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,