Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanGlosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
sindiran yg halussindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias);Kamus Dewan Edisi Keempat
perintah halusperintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang);Kamus Dewan Edisi Keempat
berselindung1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
selindung; berselindung 1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya; berselindungkan sl menyembunyikan, me­nyo­­rokkan: segala monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya; terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlindung1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lindung; berlindung 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. melindungi 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. melindungkan meletakkan sesuatu supaya tidak kelihatan; menyorokkan: ~ mukanya dgn topi. terlindung 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. lindungan apa-apa yg terlindung oleh; yg dilindungi: Manusia ~ Tuhan. kelindungan kena lindung (hingga tidak kelihatan, tidak kena panas dsb). perlindungan 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. pelindungan 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. pelindung 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laras IV; terang-terang ~ tidak berapa terang, samar-samar.Kamus Dewan Edisi Keempat
halus1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus.Kamus Dewan Edisi Keempat
dgn kartu terbukadgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi);Kamus Dewan Edisi Keempat
terang-terang larastidak berapa terang, samar-samar.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Luputlah siang malam berganti,
     Cahaya terang gelap menjadi;
Tidak disangka sekali-kali,
     Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.



Lihat selanjutnya...