Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.

Takrif

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Takrif

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.

Takrif

Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang sukar baru kaya.

Takrif

Sombong.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mahal dibeli sukar dicari.

Takrif

Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.

Takrif

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rongkongan menghadap hilir.

Takrif

Sukar mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Takrif

Sukar dicari; merasa senang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Direndam tak basah.

Takrif

Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Takrif

Sangat sukar dikalahkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.



Lihat selanjutnya...