Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Zaman silam zaman beradat, Kini adat dilupakan orang; Siang malam fikiran tumpat, Binilah berat mentua pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai.Pantun Melayu SarawakKasih
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
silam (adjektif)
1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam,

3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu,
Berantonim dengan kini

Kata Terbitan : menyilamkan,