Kata |
Takrif |
Sumber |
pesara | orang yg bersara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesara | orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesara | pasar: di tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesara | orang yg bersara. | Kamus Pelajar |
sara | pesara orang yg bersara. | Kamus Pelajar |
pekan I | 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sara | 1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. penyara orang yg menyara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sara I | 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
exempt | adj dikecualikan: pensioners are ~ from income tax , pesara-pesara dikecualikan drpd cukai pendapatan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
far | go ~ /to do st, towards st/, membantu, menolong: the money donated by their neighbours will go ~ to pay for the hospital bills, wang yg diderma oleh jiran-jiran mereka akan membantu mereka membayar bil hospital; in so ~ as, insofar as [various translations]: your suggestion is useful in so ~ as pensioners are concerned, cadangan tuan berguna setakat pesara-pesara sahaja; she is different from the rest in so ~ as she seems unimpressed by any show of wealth, dia berbeza drpd yg lain dlm erti kata dia tdk kagum dgn kekayaan; so ~, /setakat, sejauh/ ini: so ~ his work has been satisfactory, setakat ini, kerjanya memuaskan; so ~ and no further, setakat ini dan tdk lebih drpd ini; so ~ so good, setakat ini tdk ada apa-apa masalah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
apply | vi 1. be relevant, appropriate, ada /kaitan, hubungan/, berkaitan, berhubungan; (preceded by modal aux verb) dikaitkan: the criticisms made do not ~ to you, kritikan yg dibuat tdk berkaitan dgn kamu; regulations that do not ~ in this case, peraturan-peraturan yg tdk ada kaitannya dgn hal ini; the charges do not ~ to pensioners, bayaran yg dikenakan itu tdk berkaitan dgn pesara-pesara; can such arguments ~ here?, dapatkah hujah-hujah spt itu dikaitkan dlm hal ini?; 2. make a request (esp in writing) memohon: he has since applied to three universities, sejak itu dia telah memohon kpd tiga buah universiti; those over fifty need not ~, sesiapa yg melebihi umur lima puluh tahun tdk perlu memohon; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
old-age pensioner | n pesara, orang yg sudah /bersara, pencen/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pensioner | n person receiving pension, pesara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
retirement centre | permukiman pensiunan | permukiman pesara | permukiman pesara | Sosiologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reducing option | opsyen mengurang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen dalam skim pencen kepada pesara untuk menerima pencen yang lebih rendah imbalan kepada pencen yang lebih tinggi kepada pasangannya apabila pesara meninggal dunia. |
pensioner | pesara | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
retirement annuity | anuiti persaraan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti tertunda yang memberikan faedah anuiti kepada pesara dan jika berlaku kematian, pembayaran akan dibuat kepada warisnya. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pesara | pencen [pencen] | Melanau Dalat | |
pincin | pesara | TETAW | |
bicara | pesara [psara]; berbicara bekerapek [bkrap] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pesara | [pe.sa.ra] | ڤسارا |
|
Tesaurus |
---|
| sara (kata nama) | Bersinonim dengan nafkah, rezeki, pekah, belanja hidup, pencarian, pendapatan, gaji, elaun, upah, kekayaan, wang, harta, perolehan, hasil, tulah, tunjangan, keperluan hidup, bantuan, ganjaran, pampasan;, | | Kata Terbitan : bersara, menyara, pesara, |
|
|