Kata |
Takrif |
Sumber |
ganjaran | 1 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2 balasan perbuatan jahat; hukuman: Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganjaran | 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjaran | 1. sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2. balasan perbuatan jahat; hukuman:Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. | Kamus Pelajar |
bonus | 1. bayaran tambahan pd gaji dll sbg pemberian (ganjaran); 2. bayaran faedah kpd pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham; ~ saham ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing-memancing | ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas I | 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: keduaduanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahala | ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan; berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gratuiti | ganjaran biasanya berupa wang yg diberikan oleh majikan kpd pekerja yg berhenti atau bersara sbg penghargaan kpd perkhidmatan yg telah diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bonus saham | ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadiah sagu hati | hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
reward | n 1. amount of money offered, ganjaran: the police are offering a $10,000 ~ for information on the kidnapping, pihak polis menawarkan ganjaran $10,000 kpd sesiapa yg dapat memberikan maklumat ttg penculikan itu; 2. recompense for st done, a. (monetary or material gain) ganjaran: they worked hard hoping to receive some ~, mereka bekerja keras dgn harapan utk mendapat ganjaran; b. (satisfaction, happiness, etc), [various translations]: the emotional ~s of becoming a mother, kebahagiaan emosi menjadi ibu; another ~ of this job is visiting foreign places, satu lagi kelebihan kerja ini ialah melawat tempat-tempat asing; in ~ for, sbg ganjaran thdp: he was awarded a medal in ~ for his charitable works, dia dianugerahi pingat sbg ganjaran thdp kerja-kerja amalnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
desert 3 | n (in pl) that which is deserved, a. (as reward) ganjaran; b. (as punishment) ganjaran, balasan: to get os just ~s, mendapat ganjaran sso; reward so. according to /his, her/ ~s, memberi sso ganjaran yg berpatutan; punish so. according to /his, her/, menghukum sso setimpal dgn kesalahannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
reward | vt 1. give monetary gift, memberi [sso] ganjaran mengganjar [sso]: anyone who finds the missing cat will be ~ed, sesiapa yg menjumpai kucing yg hilang itu akan diberi ganjaran; 2. compensate, (for work, service, etc) memberi [sso] ganjaran, mengganjar [sso]; (for help given, kindness, comfort, etc) membalas kebaikan: the Government ~ed him by promoting him, Kerajaan mengganjarnya dgn menaikkan pangkatnya; how can I can ~ you for all that youve done for me?, bagaimana saya dapat membalas kebaikan kamu atas segala yg telah kamu lakukan utk saya?; 3. (of patience, persistence, etc) mendapat ganjaran, mendatangkan hasil: his patience was ~ed when he finally succeeded, kesabarannya mendapat ganjaran apabila dia berjaya akhirnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
recompense | vt 1. give compensation, memberi [sso] pampasan, memberikan pampasan kpd [sso]: the insurance company ~d him for the damage done, syarikat insurans itu memberinya pampasan atas kerosakan yg berlaku; 2. reward, mengganjar, memberi [sso] ganjaran, memberikan ganjaran kpd [sso]: he was well ~d for his work, dia diberi ganjaran yg baik utk kerjanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unrewarding | adj tdk /mendatangkan, memberikan/ ganjaran: a boring and ~ job, pekerjaan yg membosankan dan tdk mendatangkan ganjaran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
carrot | n 1. lobak merah, karot; 2. (fig.) ganjaran: better public services was the ~ dangled before the electors, perkhidmatan awam yg lebih baik ialah ganjaran yg ditawarkan pd para pengundi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
recompense | n 1. compensation for loss, injury, etc, pampasan, ganti rugi: he received $200 in ~ for his injuries, dia menerima $200 sbg pampasan krn kecederaannya; 2. reward, ganjaran: she expected no ~ for her kindness, dia tdk mengharapkan sebarang ganjaran krn kebaikannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gratuity | n 1. gift of money to retiring employee, ganjaran; 2. (fml) tip, tip, upah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pains | n; be a fool for os ~, bersusah payah tanpa mendapat ganjaran; be at ~ to do st, bersusah payah utk + approp v: the teacher was at ~ to explain the matter clearly, guru itu bersusah payah utk menerangkan perkara itu supaya jelas; for os ~, krn susah payah sso: she got nothing for her ~s, dia tdk mendapat apa-apa pun krn susah payahnya; /go to, take/ great ~, bersusah payah: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
remuneration | n 1. pay, gaji; 2. reward, ganjaran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
reward | ganjaran | ganjaran | ganjaran | Pendidikan |
extrinsic rewards | ganjaran ekstrinsik | ganjaran luaran/ekstrinsik | ganjaran luaran/ekstrinsik | Pendidikan |
reward system | sistem ganjaran/hadiah | sistem ganjaran | sistem ganjaran | Sains Politik |
reward power | kuasa ganjaran/hadiah | kuasa ganjaran | kuasa ganjaran | Sains Politik |
unremunerative service | perkhidmatan tanpa ganjaran | perkhidmatan tanpa ganjaran | perkhidmatan tanpa ganjaran | Ekonomi |
reward | ganjaran | Tiada | ganjaran | Antropologi |
reward | ganjaran/hadiah | Tiada | ganjaran/hadiah | Sosiologi |
deferred gratification | pola ganjaran tangguhan | Tiada | pola ganjaran tangguhan | Sosiologi |
psychic rewards | imbalan psikis | ganjaran psikis | ganjaran psikis | Sosiologi |
intrinsic rewards | imbalan intrinsik | ganjaran intrinsik | ganjaran intrinsik | Sosiologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nonzero-sum game | permainan hasil tambah bukan sifar | Pentadbiran | Tiada | Permainan yang mana ganjaran-ganjaran bagi sebahagian strategi adalah tidak sifar. |
rewards system | sistem ganjaran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemangkin yang dijadikan imbuhan oleh majikan untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan kakitangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Ganjaran ini diberikan atas kecemerlangan prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja. Biasanya, sistem ganjaran berbeza antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain kerana piawai atau standard prestasi yang diukur adalah berbeza. Pada masa yang sama ukuran berbeza juga diberikan mengikut jawatan atau pangkat yang dipegang oleh individu. |
immediate reward | ganjaran serta-merta | Pentadbiran | Tiada | Ganjaran fungsi objektif yang terhasil melalui pergerakan dari satu tahap ke tahap yang lain. |
Expectancy Theory | Teori Jangkaan | Pengurusan | Perancangan | Teori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. |
average payoff decision model | model keputusan ganjaran purata | Pentadbiran | Tiada | Model keputusan yang memilih alternatif yang memberi ganjaran purata maksimum. |
instrumental conditioning | pelaziman instrumental | Psikologi | Psikologi Umum | Pelaziman yang memerlukan subjek melakukan sesuatu mengikut prosedur atau menggunakan alat tertentu bagi memperoleh pengukuhan atau ganjaran. Sekiranya tingkah laku yang dikehendaki tidak diperlihatkan atau dilakukan, maka ganjaran tidak akan diberikan. Dalam pelaziman ini, tingkah laku dirangsang dengan alat tertentu untuk mendapatkan ganjaran. Ahli psikologi Thorndike telah membuat kajian dengan menggunakan kotak berpintu dan berkunci yang perlu dibuka oleh kucing. Dengan menggunakan kaedah cuba ralat, maka haiwan tersebut akhirnya faham bahawa untuk keluar dari kurungan, penyelak perlu ditolak untuk membuka pintu. Walaupun pada asasnya pelaziman ini sama seperti pelaziman operan tetapi dari segi definisi dan tumpuan tingkah lakunya berbeza. Bagi Thorndike, ganjaran dan peranannya dalam mengekalkan tingkah laku yang dilazimkan tidak dipentingkan seperti yang diperlukan oleh Skinner. |
reward system | sistem ganjaran | Pergigian | Tiada | Kaedah menarik minat dan memujuk kanak-kanak untuk menerima rawatan atau menjaga kesihatan dengan memberi ganjaran dalam bentuk pujian atau hadiah. Biasanya hadiah seperti lencana, pelekat atau model akan diberikan selepas rawatan dijalankan. |
daman jual | jaminan upah | Perniagaan Islam | Tiada | Jaminan untuk memberi ganjaran dalam bentuk upah terhadap kerja tertentu yang telah diselesaikan. Contohnya, ganjaran yang dijanjikan oleh pihak syarikat kepada pihak yang dapat membantu dalam kes kebakaran kilang. |
delayed gratification | gratifikasi tertangguh | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menangguhkan kepuasan sekiranya mengetahui ganjaran yang akan diperoleh itu lebih besar daripada yang diperoleh dalam masa terdekat. Namun begitu, ganjaran yang akan diperoleh dengan segera walaupun sedikit tetap menguji keimanannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dari segi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan kepuasan. |
defferential stimulus | rangsangan bezaan | Psikologi | Psikologi Umum | Rangsangan dalam pelaziman bezaan yang biasanya dikaitkan dengan ganjaran. Contohnya, haiwan akan memberi tindak balas kepada sesuatu rangsangan yang mempunyai ganjaran. Rangsangan bezaan dikenali juga sebagai stimulus bezaan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ganjar | ganjaran upah. | kedayan | |
ari IV; ngarika | menerima upah atau ganjaran (dlm bentuk khidmat atau wang): aku deka ~ padi ari nuan saya akan bekerja dng awak utk mendapat padi. | Iban | |
harem | haram; 1 hukum tegahan dlm Islam, yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya: kak keman bareng wak ~ jangan makan barang yg haram; 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; 3 suci, tidak boleh dikerjaka | Melanau Mukah | |
meneng | menang; 1 berjaya, berhasil, mendapat kejayaan: a ~ seneng naseng orang menang senang hati; 2 keuntungan atau ganjaran krn berjaya mengalahkan lawan, musuh, dll; 3 lulus dlm peperiksaan, beroleh hadiah dlm pertandingan, peraduan dll; | Melanau Mukah | |
balas | balasan (a) jawapan: ~ surat nya baru udah diterima iya jawapan surat itu baru saja diterimanya; (b) tanda terima kasih (atas kebaikan yg diterima dll): ~ budi balas budi; (c) ganjaran (utk perbuatan baik dll): serang ~ serangan balas; | Iban | |
Kamus Parsi.indb تمرح ،مارتحا )eḥtiyāj( جايتحا )eḥtiyāj dāshtan( نتشاد جايتحا )eḥtiyāṭ ( طايتحا )eḥsās( ساسحا )eḥsās kardan( ندرک ساسحا )eḥsāsātī( ىتاساسحا )eḥsān( ناسحا )akhbār( رابخا )akhlāgh( قالخا )akhmū( ومخا perabot kesan sewa keizinan ganjaran, hadiah hormat keperluan memerlukan awas perasaan merasa penuh perasaan kebaikan, ihsan berita akhlak bengis furniture effect rent permission reward respect need to need caution feeling to feel emotional, full of Parsi.indb 30 5/18/11 9:02 AM 31 foot papa reward king cloth last year answer heel clean to clean, to cleanse cleaner cleanliness fifteen kaki bapa, ayah ganjaran, hadiah raja, maharaja kain tahun lepas jawab, jawapan tumit bersih membersihkan, mencuci pencuci, pembersih kebersihan lima belas )pā( اپ )pāpā( اپاپ )pādāsh( شاداپ )pādshāh( هاشداپ )pārche, ghomāsh( شامق ،هچراپ )pārsāl
|
Kamus Thai 2.indb น tambang ค ั มภีร ์ ค ่ า Kamus Thai 2.indb 77 4/15/2008 11:03:42 AM ค 78 ค ่ าตอบแทน [-t:ptε:n] น ganjaran: เขาทำงานโดยไม ่ คำนึงถึงค ่ าตอบแทนใด ๆ Dia bekerja dengan tidak mengharapkan ganjaran. ค ่ าตัว [-tua] น bayaran profesional: ค ่ าต ั วของโรน ั ลโดในสโมสรรีลมาดริดสูงที่ สุด Bayaran profesional Ronaldo di Kelab Real Madrid sangat tinggi. ค ่ าตั๋ ว [-tua] น
|
Kamus Thai 2.indb 11 AM บ 223 เศรษฐีคนนั้ นให ้ ความสุขสบายทุกอย ่ างแก ่ ภรรยาลับเพื่ อบำเรอ Saudagar itu membe rikan segala kemewahan kepada perem- puan simpanannya untuk melayan ke- hendaknya. บำเหน็จ [bamnet] น ganjaran: มหาวิทยาลัย มอบบำเหน็จจำนวน 150,000 แก ่ อาจารย ์ ที่ มีความ โดดเด ่ นทางวิชาการ Universiti memberi gan- jaran sebanyak 150,000 baht kepada pensyarah yang cemerlang. บิ [bi] ก mencubit บิณฑบาต mem- binasakan: น ้ ำท ่ วมคราวนี้ ผลาญไร ่ ข ้ าวโพด นับหมื่ นไร ่ Banjir kali ini memusnahkan berpuluh-puluh ribu rai ladang jagung. ผลานิสงส ์ [pala:niso] น ganjaran ผลิต [palit] ก mengeluarkan, meng- hasilkan: EON สามารถผลิตรถยนต ์ ได ้ หนึ่ งพัน คันต ่ อเดือน EON mampu mengeluarkan seribu unit kereta sebulan. ผลิตผล [-tapon] น 1 hasil: ผลิตผลทาง การเกษตรของประเทศไทยในปีนี้ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ganjaran | [gan.ja.ran] | ݢنجرن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjaran |
|
|