Kata |
Takrif |
Sumber |
berupah | (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upah | wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas tangan | a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upahan | 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan (mengambil) upah | a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembur | kerja malam; pekerjaan yg dilakukan pd masa luar waktu kerja biasa: upah (wang) ~ upah yg diperoleh drpd pekerjaan lembur. melembur bekerja pd masa luar waktu kerja biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upah bidan | upah yg diberikan kpd bidan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upah | wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu; bayaran sbg membalas jasa: Ia diberi ~ tiga ringgit kerana mencuci kereta. berupah mendapat upah kerana melakukan sesuatu: Kalau ~, barulah ia mahu bekerja. mengupah memberikan upah kpd seseorang supaya melakukan sesuatu: Bapanya ~ Hassan mengecat dinding itu. mengupahkan memberikan sesuatu kerja kpd seseorang dgn membayar upah: Kerja-kerja yg berat diupahkan kpd pemuda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaji | wang sbg upah bekerja yg dibayar dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. penggajian hal, urusan dsb menggaji atau membayar gaji: Mereka sedang meneliti skim ~ baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaji | wang sbg upah bekerja yg dibayarkan dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
jobbing | n mengambil upah: a ~ farm-worker, pekerja ladang yg mengambil upah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
char 2 | vi work as a cleaner, mengambil upah mencuci (+ approp n): she goes out ~ring three days a week, dia keluar mengambil upah mencuci pejabat tiga kali seminggu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hire | ~ out, menyewakan: the fishermen often ~ out their boats to tourists, nelayan-nelayan itu selalu menyewakan perahu mereka kpd para pelancong; ~ os out, mengambil upah: he ~s himself out at harvesting time, dia mengambil upah semasa musim menuai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
differential | n kebezaan: wage ~, kebezaan upah | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
job | vi 1. do jobs, mengambil upah; 2. (on the Stock Exchange) menjadi broker; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earner | n 1. worker, pekerja: wage ~, pekerja upah; 2. source of income, sumber pendapatan: crude oil is the countrys best ~, minyak mentah merupakan sumber pendapatan terbesar negara itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aggregate | adj 1. total, jumlah; (tech ) agregat: ~ wages, upah agregat; ~ output, keluaran agregat; 2. (biol ) agregat: ~ fruit, buah agregat; 3. (geol) batu baur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disgruntled | adj bersungut: the workers were ~ because they were not paid on time, pekerja-pekerja bersungut krn mereka tdk dibayar upah pd waktunya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gratuity | n 1. gift of money to retiring employee, ganjaran; 2. (fml) tip, tip, upah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blood-money | n 1. compensation paid to the family of murdered person, wang tebus darah, hutang darah, diat; 2. money received by hired murderer, wang upah; 3. reward for bringing about the death of so., hadiah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
average weekly wage | upah mingguan purata | insurans | Tiada | Kadar purata upah mingguan yang ditetapkan oleh undang-undang. |
tax-based income policy | dasar pendapatan asas cukai | Ekonomi | Tiada | Dasar pendapatan yang menyediakan insentif cukai kepada pihak pengurusan dan pekerja yang mematuhi garis panduan upah dan kerja yang dibentuk oleh kerajaan. Mengikut dasar ini, kenaikan upah dan harga yang melebihi kadar yang dinyatakan dalam garis panduan akan dikenakan cukai dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, firma dan kesatuan sekerja masing-masing tidak mempunyai insentif untuk menuntut kenaikan harga dan upah yang berlebihan. |
income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
voluntarism | faham voluntaris | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme. |
agency commission | komisen agensi | Pelancongan | Tiada | Wang upah yang diberikan oleh syarikat penerbangan, hotel, pusat tarikan pelancong atau pemborong lancong kepada agensi pelancongan. |
pure salvage (marine) | salvaj tulen (marin) | insurans | Tiada | Upah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut. |
proletarianization | pemproletarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin. |
labour economics | ekonomi buruh | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |
total disablitiy | hilang upaya menyeluruh | insurans | Tiada | Ketidakupayaan yang menghalang insured daripada melaksanakan tugas pekerjaan biasanya atau melaksanakan sebarang pekerjaan bagi mendapat upah. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
upa | upah | - | - | - | - | - | Asas Perniagaan | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
upah | upah. | kedayan | |
gaji | upah | TETAW | |
tidan | upah; | Melanau Mukah | |
ganjar | ganjaran upah. | kedayan | |
ari IV; ngarika | menerima upah atau ganjaran (dlm bentuk khidmat atau wang): aku deka ~ padi ari nuan saya akan bekerja dng awak utk mendapat padi. | Iban | |
adat II | bayaran atau upah (yg diberikan kpd dukun dll kerana khidmatnya); pengeras: iya meri siko manok ka ~ dukun nya dia memberi seekor ayam sbg pengeras kpd dukun itu; | Iban | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
mungkul Ib | denda yang bernilai satu ringgit. | Upah aku tidak banyak. Seperti yang biasa dilakukan dahulu, kalau mengadakan upacara belian seperti ini upahnya lapan mungkul saja, parang sebilah, tajau sebuah, dan ayam seekor. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang serara bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb mozhde, khabar-e khosh( )mozhe, mozhgān( ناگژم ،هژ ُ ـم manusia, penduduk mati, mangkat, wafat pengawal sakit, keuzuran ayam betina, ibu ayam itik dakwat pusat keadilan, kesaksamaan sakit, pesakit, uzur upah, gaji rasa berita gembira bulu mata people dead guard illness, disease hen duck ink center fairness, equity ill, sick, patient wage, reward taste tiding, glad eyelash ناگژم ،هژ ُ ـم
|
Kamus Thai 2.indb กัญชา [kanca:] น ganja กัณฑ์ [kan] น bab กัด 1 [kat] น pukat: แม ่ บ ้ านชาวประมงร ั บจ ้ าง ช ุนก ั ด Isteri para nelayan mengambil upah membubul pukat. กัด 2 [kat] ก menggigit กัน 1 [kan] ส aku กัน 2 [kan] ก 1 mengadang, meng- halang: เจ ้ าหน ้ าที่ ร ั กษาความปลอดภ ั ยก dup: ค ่ าครองช ี พที่ ประเทศญี่ ปุ่นย ั งคงสูงที่ สุด ในโลก Kos hidup di Jepun masih pa ling tinggi di dunia. ค ่ าจ ้ าง [-ca:] น upah: นายจ ้ างให ้ ค ่ าจ ้ างแก ่ อาลีทุกว ั น Majikan memberikan upah ke- pada Ali setiap hari. = ค ่ าแรง, ค ่ าเหนื่อย ค ่ าชดเชย
|
Kamus Thai 2.indb Terbang Don Muang. รับแขก [-kε:k] ก menyambut tetamu: คุณพ ่ อออกไปรับแขกที่ ประตูบ ้ าน Ayah keluar menyambut tetamu di pintu rumah. รับจ ้ าง [-ca:ng] ก mengambil upah: ฉันเคยรับจ ้ างขุดคู Saya pernah mengam- bil upah menggali parit. รับใช ้ [-cai] ก melayan: แจ ๋ วตามครอบครัว นั ้ นไปพัทยาเพื่ อรับใช ้ พวกเขา Jeo mengikut keluarga itu ke Pattaya untuk me- layan mereka. รับประกัน [-prakan] ก menjamin |
Kamus Thai 2.indb ำบ ่ น [prambon] ก merungut-ru ngut: หญิงแก ่ คนนั้ นพร ่ ำบ ่ นถึงค ่ าจ ้ างที่ น ้ อยนิด Wanita tua itu merungut-rungut ten- tang upah yang sangat sedikit itu. พร ่ ำเพ ้ อ [pramp:] ดู รำพัน พริก [prik] น cili, cabai, lada พริกขี้ หนู [-ki :nu:] น cili padi, cili api, cili burung
|
Kamus Thai 2.indb seluar saya. 2 ketagihan: ยาซินติดกัญชา Dia ketagihan ganja. 3 menampal: เมื่ อถึงหน ้ าเลือกตั้ งเด็กเหล ่ านั้ น ก็รับจ ้ างติดโปสเตอร์ผู ้ สมัครส.ส. Menjelang pilihan raya budak-budak mengambil upah menampal poster calon-calon wakil rakyat. ติดกระดุม [-kradum] ก 1 memasang butang, menjahit butang: ช ่ างตัดเสื้ อกำลัง ติดกระดุมเสื้ อเชิ้ ตที่ เขาตัดเย็บ Tukang jahit itu sedang memasang butang pada baju |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
upah | [u.pah] | اوڤه |
bengkok (upah) | [beng.ko/] | بڠکوق |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
upah , gaji | wage , reward | مزد،اجر،دستمزد | mozd , ajr , dastmozd |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
upah | wage | Bayaran yang diterima atau dibayar untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan. | Sekolah Rendah |
komisen | commission | Upah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menyelesaikan urus niaga. | Menengah Rendah |
komisen | commission | Upah yang diberikan kepada seseorang apabila berjaya menjual sesuatu barang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
gaji | salary | Upah yang diterima kerana kerja yang dilakukan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
Id |
Kata |
Takrif |
Bahasa Sukuan |
Audio |
526 | adat II | bayaran atau upah (yg diberikan kpd dukun dll kerana khidmatnya); pengeras: iya meri siko manok ka ~ dukun nya dia memberi seekor ayam sbg pengeras kpd dukun itu; | Iban | Tiada |
|
Tesaurus |
---|
| upah (kata nama) | Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;, | | Kata Terbitan : mengupah, upahan, |
|
Puisi |
---|
|
Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang.
Lihat selanjutnya... |
|