Kata |
Takrif |
Sumber |
pengesahan | perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengesahan | perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengesahan | perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahkik | Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi; mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengabsahan | pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tashih | Ar pengesahan (pengakuan benar) sese-buah kitab dll;mentashihkan mengaku atau mengesahkan sesuatu itu benar: ayat ini telah ~ ayat dlm surah al-Baqarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratifikasi | IB pengesahan perjanjian oleh parlimen dll: tinggal saja ~ pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat; meratifikasi, meratifikasikan mengesahkan (perjanjian dll): lalu diteruskan ke D.P.R. utk diratifikasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | dan pengesahan sesuatu akaun (oleh akauntan). mengaudit memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. pengauditan perbuatan atau hal mengaudit. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
confirmation | n 1. ratification, pengesahan: your booking was cancelled because we had no ~, tempahan puan dibatalkan krn kami tdk menerima sebarang pengesahan; 2. verification pengesahan: he needs immediate ~ of the report, dia memerlukan pengesahan segera thdp laporan itu; 3. corroboration, pengesahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
substantiation | n pengesahan, mengesahkan: to produce evidence in ~ of the claim, memberikan keterangan utk mengesahkan tuntutan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
reconfirmation | n pengesahan semula. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
probate | n(leg.) probet, sijil pengesahan wasiat: the eldest son as executor, has applied for ~, anak sulung keluarga itu sbg wasi telah memohon probet. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
refutation | n 1. act of refuting, penyangkalan: there was neither confirmation nor ~ of our proposals, tdk ada pengesahan atau penyangkalan thdp cadangan kami; 2. statement that refutes, sangkalan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speak | c. ask so. to do st, usu a favour for so. else, menanyai sso: Ill ~ to the Director about your confirmation, saya akan menanyai Tuan Pengarah ttg pengesahan jawatan kamu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
affirmation | n 1. act of, a. (asserting firmly) pengakuan: his ~ that he was telling the truth, pengakuannya bahawa dia berkata benar; b. (upholding) pengesahan, pengiaan, mengiakan; 2. assertive statement, akuan; 3. (leg.) declaration equivalent to an oath, ikrar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stall 2 | vi berlengah-lengah: every time he was asked to sign the agreement he ~ed, saying that he had not received confirmation from his principals, setiap kali dia diminta menandatangani perjanjian itu, dia akan berlengah-lengah, mengatakan bahawa dia belum menerima pengesahan drpd prinsipalnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | ~ off, a. (of rain, storm, etc) tdk turun: I hope the storm will ~ off until I reach home, saya harap ribut tdk akan turun sehinggalah saya sampai ke rumah; b. (of st seasonal) tdk tiba, terlewat: the monsoon held off till April, angin monsun tdk tiba sehingga bulan April; c. delay, bertangguh: the editor held off printing the story until he got confirmation of it, editor itu bertangguh menyiarkan cerita itu sehingga mendapat pengesahan tentangnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
biometrics authentication | pengesahan biometrik | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengenalan keselamatan yang bergantung kepada ciri-ciri biologi yang unik bagi seseorang individu seperti cap jari, iris atau retina. Proses ini membandingkan data biometrik yang diperoleh dengan data yang tersimpan dalam pangkalan data untuk tujuan pengesahan. Pengesahan biometrik sering digunakan ketika seseorang individu hendak mencapai sumber digital dan fizikal seperti bangunan, bilik dan peranti yang canggih. |
e-authentication | e-pengesahan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengesahan identiti seseorang secara elektronik, seperti tandatangan digital. Proses ini merupakan kaedah yang paling selamat untuk mengesahkan identiti seseorang ketika melakukan transaksi atau urusan dalam talian. Contohnya, pengesahan laporan kesihatan seseorang pesakit oleh seorang doktor secara elektronik sebelum dihantar kepada pakar perubatan yang berikutnya untuk dianalisis. |
process validation | pengesahan proses | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah yang melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian data bermula dari fasa reka bentuk proses sehingga pengilangan produk. Pengesahan proses bertujuan untuk menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten. Pengesahan perlu dijalankan ke atas beberapa aspek seperti proses pengilangan, tatacara persampelan, peralatan, kemudahan dan kaedah analisis. |
authentication tool | alat pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. |
ratification | pengesahan | Sejarah | Tiada | Perihal pengesahan atau mengesahkan sesuatu biasanya perjanjian atau persetujuan yang dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak. |
quantitative verification | pengesahan kuantitatif | Sejarah | Tiada | Pengesahan tentang sesuatu hal yang dilakukan secara kuantitatif atau menurut urutan bilangan. |
secret-key cryptography | kriptografi kekunci rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kriptografi tradisional yang menggunakan kekunci tunggal untuk menyulit dan menyahsulit sesuatu mesej. Kriptografi ini bukan sahaja digunakan dalam penyulitan tetapi juga dalam pengesahan seperti teknik kod pengesahan mesej. Teknik yang biasa digunakan dalam kriptografi kekunci rahsia adalah sifer blok, sifer aliran dan kod pengesahan mesej. Kelebihan kriptografi ini berbanding kriptografi kekunci awam adalah kadar masa yang diperlukan untuk melaksanakannya lebih pantas. |
verification note | nota pengesahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dokumen yang memberitahu pengesahan selepas hantaran yang dibuat oleh pejabat pos kepada pentadbiran pos. |
Kerberos | Kerberos | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu skema pengesahan kekunci simetri yang dibangunkan di MIT(Massachusetts Institute of Technology) untuk mengenali pengguna dan peranti dalam persekitaran rangkaian klien/pelayan. Kerberos disebut sebagai protokol pengesahan pihak ketiga yang boleh dipercayai. Ia dijalankan pada pelayan yang berasingan daripada mana-mana klien atau pelayan lain. Nama Kerberos diperoleh daripada nama anjing pengawal yang mengawal pintu masuk Hades (alam roh mitos Greek). Pelayan Kerberos disebut sebagai pelayan pengesahan (AS). Apabila klien ingin mencapai sesuatu pelayan, klien akan mencapai pelayan Kerberos untuk mendapatkan tiket. Tiket ini membenarkan capaian. Ini mengandaikan bahawa kedua-dua klien dan pelayan mempercayai pelayan pengesahan Kerberos pihak ketiga. |
terminal authentication | pengesahan terminal | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyahihan identiti suatu sistem komputer yang ingin membuat sambungan rangkaian dengan pengesahan alamat komputer berkenaan sebagai syarat awal sebelum membenarkan capaian ke sumber rangkaian yang lain. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pengesahan | [pe.nge.sa.han] | ڤڠصحن |
|
Tesaurus |
---|
| sah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui, Berantonim dengan haram
2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah, Berantonim dengan samar-samar
| Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan, |
|
|