Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ISI PADUUMUM
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM
POLIHEDRON

Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang

disempadani oleh empat atau lebih permukaan

rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi

polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi

poligon ini membentuk sempadan polihedron.

Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali

sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron

termasuklah kiub dan piramid.

UMUM
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM
SFERA

Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob.

Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani

sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli

matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set

titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik

tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna

bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu

permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut

atau sempadan, dan setiap titik di permukaan

mempunyai jarak yang sama dari pusat.

UMUM
METER GAS

Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu

gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah

kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di

tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang

berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan

boleh bergerak, yang membahagikannya kepada

dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat

kebuk yang berasingan.

UMUM
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM
ARCHIPENKO, ALEXANDER

Archipenko, Alexander (18871964) merupakan

perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan

salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan

bahawa ruang adalah sama penting dengan objek

padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya

Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia

menggabungkan bahan padu dan berongga

mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran

Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke

dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi-

segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim

yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk

Dual (1955) dan Architectural Figure (1957).

UMUM
KETUMPATAN

Ketumpatan ialah jisim iaitu jumlah jisim dalam

unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan

bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan

isi padunya.

UMUM
SUSU PEKAT

Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan

dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan

air daripada susu untuk mengurangkan isi padu

susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak

disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk

untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat

adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2

yang baik.

UMUM
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,