Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuat lilit kerana simpulnya.

Takrif

Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.

Takrif

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.

Takrif

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.

Takrif

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,