Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KAABAH YANG MULIA

Kaabah Yang Mulia dikenali juga dengan

Baitullah al-Haram ialah kiblat bagi umat Islam.

UMUM
SABARAntara sifat mulia dan terpuji yang sangat dituntut supaya masyarakat Islam sama-sama mengamalkannya.AGAMAKonsep
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM
ABDULLAH IBN AL-ZUBAYRAbdullah ibn al-Zubayr (? 73 H./? 692 M.),

sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di

Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-Awwam ibn

Khuwailid ibn Abd al-Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn

Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn

al-Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan

yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW.

Ibunya Asma, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq.

Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah

SAW dan ibu saudaranya ialah Aisyah, Umm al-

Muminin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah

bint Khuwaylid, Umm al-Muminin yang pertama.

UMUM
SOCRATES

Socrates (469? S.M.399 S.M.) ialah ahli falsafah

dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia

dan kematiannya yang berani, bersama dengan

ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling

dihormati dalam sejarah.

UMUM
ALI IBN ABI TALIB

Ali ibn Abi Talib (23 S.H.40 H./600661 M.),

sahabat yang mulia, seorang dalam kalangan

empat orang Khulafa al-Rasyidin dan sepupu

Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah Ali ibn Abi

Talib ibn Abd al-Muttalib ibn Hasyim ibn Abd

Manaf.

UMUM
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM
ALGER, HORATIO

Alger, Horatio (18321899) ialah pengarang

Amerika yang menulis novel untuk kanak-kanak

lelaki. Dia menjadi terkenal kerana ceritanya

tentang kanak-kanak lelaki yang menjadi kaya dan

termasyhur melalui kerja kuat, hidup mulia, dan

kerana nasib.

UMUM
SURAH YASIN

Surah Yasin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 83 ayat. Surah

ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah

memulakan surah yang mulia ini dengan huruf

tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga

menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika

menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya

yang bermaksud:

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai

hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin . Oleh

itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap

insan di kalangan umatku.

UMUM
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti KristianBapa, Anak dan Roh

Kudus adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.



Lihat selanjutnya...