Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.

Takrif

Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.

Takrif

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.

Takrif

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar diambak, tinggi dianjung.

Takrif

Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Takrif

Orang hina merasa dirinya mulia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi dianjung, besar dilambuk.

Takrif

Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cacing menjadi ular naga.

Takrif

Orang hina menjadi orang mulia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.

Takrif

Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.

Takrif

Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak.

Takrif

Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...