Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasih | Jawapannya ialah: i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum) ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar) iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)
| Ejaan | 21.09.2013 |
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TK | Gelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 06.03.2013 |
apakah maksut perkataan bertanggung jawab, berhati mulia, berperibadi mulia dan persahabatan? | Maksud tanggungjawab ialah kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 05.08.2008 |
Gelaran hormat bagi kerabat Diraja contohnyaRaja Nor Zabedah Raja Ahmad, adalah Yang Mulia. Adakah gelaran Yang Mulia ini yang perlu digunakan dalam surat rasmi kepada beliau atau ada gelaran lain sperti tuan, ppuan atu sebaginya yang boleh digunakan. Contohnya : Adalah dengan hormatnya Yang Mulia Raja dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. | Sapaan yang betul ialah Yang Mulia(YM). Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya Yang Mulia/YM dijemput untuk merasmikan majlis tersebut'. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
Salam. Saya ingin bertanya, frasa mana yang betul: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 3. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia 4. Ke bawah Duli yang Maha Mulia Sekian. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia" | Ejaan | 15.12.2016 |
Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Salam..ingin bertanya tentang penggunaan istilah YM (Yang Mulia) bagi nama yang bermula dengan Raja, Tengku atau Tuan di Jabatan Kerajaan. | Gelaran untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad. Gelaran tuan digunakan untuk memanggil seseorang dalam majlis rasmi/surat-menyurat rasmi bagi individu yang tidak mendapat sebarang gelaran daripada istana, seperti "Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan..." atau "Merujuk surat tuan...". | Lain-lain | 25.11.2010 |
Bagaimana caranya seseorang memanggil seseorang yang namanya bermula dengan Pengiran? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Mulia? | Yang Mulia. | Istilah | 23.11.2010 |
apakah ayat yang betul bagi ayat perintah ini? 1-Ajarkanlah anakmu akhlak mulia. 2-Ajarilah anakmu akhlak mulia. 3-Ajarlah anakmu akhlak mulia. | Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2013 |
Tuan, yang manakah betul? "Apakah pesanan anda di bulan mulia ini?" "Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Ayat yang betul ialah Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Tatabahasa | 26.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| mulia (adjektif) | Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;, | | Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 219 It's better to give than to receive Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy. Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|