Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal. a.Mizi menyertai acara meniup belon. b.Mizi menyertai acara terompah gergasi.(dan) Jwp .Mizi menyertai acara meniup belon dan (acara) terompah gergasi.@ Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi. JAWAPAN YANG MANA SATU BETUL?Jawapan yang betul ialah "Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi".Tatabahasa12.08.2014
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima?Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi  "Ali menyertai acara meniup belon".Tatabahasa23.06.2011
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini? Berapa orangkah peserta yang menyertai rombingan ini? Berapa orang pesertakah yang menyertai rombongan ini? Yang mana betul? Didahulukan dengan ucapan terima kasih^^

Ayat yang tepat ialah Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa13.03.2018
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
1a. Berapa orangkah yang menyertai pertandingan bercerita? 1b. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita? 1c. Berapa orangkah murid yang menyertai pertandingan bercerita? Ayat tanya mana satu lebih gramatis? Boleh jelaskan penggunaan partikel -kah yang betul dalam ayat tanya yang tersebut di atas?

Ayat yang tepat:

a. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita?
b. Berapakah orang murid yang menyertai pertandingan bercerita?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Lain-lain07.07.2015
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
1. Berapa orangkah murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 2. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 3. Berapa orang muridkah yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? Ayat manakah yang betul? Terima kasihAyat tanya yang anda kemukakan ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya yang betul ialah ayat (i) Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? (ii) Berapa orang  orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka?Tatabahasa05.04.2017
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya.

Untuk rujukan:

(Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))

Tatabahasa27.07.2018
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih.Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai.Tatabahasa24.08.2017
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,