Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak mengetahui hulu hilirnya.

Takrif

Tidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Takrif

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampak ranggas takkan meleting.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Takrif

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Intan disangkakan batu kelikir.

Takrif

Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuan belum berhawadaba lagi saya sudah tahu.

Takrif

Lebih dulu mengetahui maksud seseorang. hawadaba = aliran udara, bau yang dibawa udara.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauhari juga yang mengenal manikam.

Takrif

Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Takrif

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu.

Takrif

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tentu hilir mudiknya.

Takrif

Belum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,