Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEHAMILAN

Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang

wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan

bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan

telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran,

iaitu proses bersalin.

UMUM
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM
KETAKSUBURAN

Ketaksuburan pada manusia ialah

ketakupayaan wanita untuk mengandung, atau

ketakupayaan lelaki untuk menurunkan zuriat.

UMUM
JEMPOL

JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar.  Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DIET IBU HAMIL

Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung.

PEMAKANANKaedah
KUGIRAN

KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan kumpulan, gitar dan rancak. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak.

BUDAYAAlat/Alatan
ADAT KELAHIRAN

ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi.

BUDAYAKonsep
BIDAN

BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak.  Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang  iaitu selama 44 hari selepas bersalin.  Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut.  Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi.

 

 

 

 

BUDAYAKonsep
1
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.



Lihat selanjutnya...