Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat mengandung kaji, Kaji syarak tiang agama; Lupa adat mendunglah negeri, Negeri rosak orang binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli kerang, Bila isinya mengandung cika; Apa guna menjadi orang, Bila hatinya bohong belaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Wangi sekali minyak senyonyong, Dituang dengan membaca jampi; Lakilah mati awak mengandung, Dipinang orang rasa bermimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.



Lihat selanjutnya...