Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung.

Takrif

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Takrif

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menantikan kucing bertanduk.

Takrif

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menantikan kuaran bertelur.

Takrif

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak.

Takrif

Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Takrif

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti memekik di tengah padang luas.

Takrif

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.

Takrif

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Takrif

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.



Lihat selanjutnya...