Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Zaba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
bersengketabergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkembang1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;Kamus Dewan Edisi Keempat
terbuka1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira;Kamus Dewan Edisi Keempat
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
untung-untung1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku;Kamus Dewan Edisi Keempat
jiwa1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jiwa1. roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa:~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2. seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia:Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi;sakit ~ sakit batin atau gila. 3. orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1. mempunyai jiwa; bernyawa; hidup:Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2. bersemangat:Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar).b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai.Kamus Pelajar
cabang I1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbit1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka fikiran