Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang.Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa10.03.2010
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu SingAyat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
Tatabahasa29.10.2015
"Video itu tersebar luas di media" atau " Video itu tersebar luas di dalam media?"

Ayat yang betul ialah “Video itu tersebar luas di dalam media.”

Tatabahasa22.10.2020
Ladang kelapa sawit itu sangat_____. A. Besar b. Lebar c. Lapang d. Luas Jawapan??Jawapan yang betul ialah d. luas (Ladang kelapa sawit itu sangat luas.)Tatabahasa03.05.2014
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?)

1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar.

 

Tatabahasa19.08.2010
menyebar luas atau menyebarluaskan ?Jawapan yang betul ialah menyebarluaskan.Ejaan30.03.2010
jauh pandangan, luas pengetahuanpengetahuanTatabahasa12.03.2008
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANJAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANLain-lain03.03.2011
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".Tatabahasa21.04.2011
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.



Lihat selanjutnya...