Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
saponiteGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.
smectiteBahan galian yang terdapat pada tanah liat berstruktur dioktahedron (montmorilonit) dan trioktahedron (saponit), mempunyai kepelbagaian bahan kimia yang dicirikan oleh sifat bengkak dan mempunyai keupayaan tukar ganti kation tinggi.
layer structureStruktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom).
nanobrickFilem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores.
ceramicBahan yang diperbuat daripada galian bukan logam yang telah dikuatkan dengan membakarnya pada suhu tinggi. Kebanyakan seramik bersifat penebat, tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap tindak balas kimia. Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat atau galian semula jadi. Bahan seramik juga dapat disintesis supaya mempunyai sifat tertentu seperti superkonduktor, piezoelektrik dan magnetorintangan.
molecular sieveBahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif.
1
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.



Lihat selanjutnya...