Kata |
Takrif |
Sumber |
kenyal | 1 berbalik kpd keadaan asal apabila dilepaskan sesudah ditekan. 2 liat (bkn daging). kekenyalan keadaan atau perihal kenyal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenyal | 1. berbalik kpd keadaan asal apabila dilepaskan sesudah ditekan. 2. liat (bkn daging). kekenyalan keadaan (perihal kenyal). | Kamus Pelajar |
kenyal | 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gayal | kenyal, liat, melenting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekenyalan | perihal (sifat) kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekenyalan | keadaan (perihal kenyal). | Kamus Pelajar |
elastin | /élastin/ ist protein kenyal berwarna kuning yg terdapat pd tisu penghubung dlm haiwan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tendon | (téndon) (Bio) serat tisu yg kenyal yg menyambungkan otot dgn tulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nilon | bahan tiruan yg kukuh dan kenyal yg boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan utk membuat tali, tekstil, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elastik | (élastik) boleh kembali kpd bentuk asal selepas diregang (dikembangkan dsb), anjal, kenyal; keelastikan perihal (keadaan, sifat dsb) elastik, keanjalan, kekenyalan: keadaan bebenang itu yg boleh berubah-ubah memberikan jaringan ini sifat ~ bak getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
chewy | adj needing to be chewed, kenyal, liat: a ~ candy, gula-gula yg kenyal; ~ meat, daging yg kenyal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
elastic | adj 1. capable of returning to its original shape, kenyal, anjal, elastik: rubber has ~ properties, getah mempunyai sifat-sifat kenyal; 2. made of elastic, elastik: ~ bandage, pembalut elastik; 3. flexible, adaptable, anjal; (of person) boleh bertolak ansur: an ~ schedule, jadual yg anjal; ~ rules, peraturan-peraturan yg anjal; 4. quick to recover or revive, /cepat, mudah/ /pulih, reda, dll/; 5. (econ & phys) kenyal, anjal, elastik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inelastic | adj 1. tak anjal; (phys) tak /anjal, kenyal/: ~ demand, permintaan tak anjal; ~ collision, perlanggaran tak anjal; ~ scattering, serakan tak anjal; 2. (fig.) tdk boleh diubah: ~ plan, rancangan yg tdk boleh diubah; ~ schedule, jadual yg tdk boleh diubah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
elastic fibre | gentian kenyal; serabut kenyal | Perubatan | Tiada | Fiber halus berwarna kekuningan, bersifat kenyal yang terdapat di antara bahan dan sel tisu penghubung. |
elastic fibre | gentian kenyal; serabut kenyal | Kimia | Tiada | Tiada |
elastic fatigue | lesu kenyal | Fizik | Mekanik | Perubahan sementara daripada kenyal sempurna yang diperlihatkan oleh beberapa jenis bahan dan setelah mengalami canggaan kenyal akan pulih kepada bentuknya yang asal secara perlahan-lahan. |
elastic modulus | modulus kenyal | Fizik | Mekanik | Nisbah tegasan terhadap terikan yang tidak melebihi had kenyal sesuatu bahan. lih. pemalar kenyal |
scattering cross-section | keratan rentas penyerakan | Fizik | Mekanik | Hasil tambah antara keratan rentas penyerakan kenyal dan penyerakan tak kenyal. |
elastic scattering cross section | keratan rentas serakan kenyal | Fizik | Atom dan Nuklear | Ukuran kebarangkalian berlakunya serakan kenyal antara pancaran zarah tuju dengan zarah sasaran atau sistem zarah. Keratan rentas serakan kenyal merupakan kadar tindak balas per zarah sasaran bagi proses ini dibahagi dengan ketumpatan fluks pancaran zarah tuju. |
inelastic buckling | lengkokan tak anjal | Kejuruteraan | Tiada | Penambahan pesongan secara tiba-tiba dalam tiang apabila tegasan mampat mencapai had kenyal tetapi sebelum lengkokan kenyal terjadi. |
absorption cross section | keratan rentas serap | Kejuruteraan | Sains Nuklear | Jumlah keratan rentas tindak balas neutron dengan nukleus, tetapi tidak termasuk tindak balas akibat pelanggaran kenyal dan tak kenyal. |
mean free path | lintasan bebas min | Fizik | Moden | Jarak purata yang dilalui di antara dua peristiwa yang serupa, seperti perlanggaran kenyal molekul di dalam gas, perlanggaran kenyal elektron atau fonon di dalam hablur, atau perlanggaran kenyal neutron di dalam moderator. |
elastic traction | tarikan kenyal | Perubatan | Tiada | Tarikan melalui penggunaan gegelang kenyal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kenyal | lukuk [luku] | Melanau Dalat | |
kenyal | kanyal. | kedayan | |
lebem | kenyal | TETAW | |
menyelunut | kenyal. | Melanau Mukah | |
pulut I | getah; 1 cairan pekat yg keluar dr bermacam-macam pokok: ~ belutek getah taban, ketapang, ara paya MS; 2 bahan kenyal drpd susu getah dll: ~ kukeah, ~ kukaih getah pemadam, getah sasap; kasut ~ kasut getah; pan ~ tikar getah; 3 pokok para: baweang ~ ladan | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb Nisbah antara keamatan bunyi dari sesuatu sumber dengan keamatan bunyi daripada talun bunyi dalam ruang tertutup. (FIZ) acoustic reactance (reaktans akustik) Reaktans bagi impedans akustik yang menunjukkan kesan inertia dan kenyal sesuatu medium. (FIZ) acoustic reactance ratio (nisbah reaktans akustik) Nisbah antara reaktans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic reflex (refleks akustik) Penutupan mata sejenak secara tidak daripada memasuki formasi. (KEJ) brightness (cerah/kecerahan) Ciri cahaya yang memberi rangsangan nampak untuk kuantiti cahaya yang lebih atau kurang. (FIZ) bristle (bulu kejur) 1. Bulu yang pendek, keras dan kenyal yang terdapat pada unggas. 2. Struktur bak bulu pada mikroorganisma, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (BIO) British AntiLewisite (British AntiLewisite) Lihat dimercaprol. (KIM) British thermal unit (unit termal British) Unit yang
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kenyal | [ke.nyal] | کڽل |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
tenaga keupayaan kenyal | elastic potential energy | Tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu benda kenyal sama ada ia ditarik atau dimampat. | Menengah Atas |
getah | rubber | Bahan kenyal dan elastik sama ada daripada getah asli yang diperoleh daripada susu pokok getah atau bahan tiruan. Contohnya, tayar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rawan | cartilage | Sejenis tisu penghubung rangka yang kenyal dan teguh. | Menengah Rendah |
hukum Hooke | Hooke law | Hukum yang menyatakan bahawa hubungan pemanjangan dan pemampatan sesuatu bahan kenyal berkadar terus dengan daya yang dikenakan. | Menengah Atas |
|
|