Kata |
Takrif |
Sumber |
pengawal cakera liut(floppy disk controller) | Unit yang mengawal pengendalian pemacu cakera liut dan menggerakkan cakera liut bagi tujuan pembacaan atau penulisan data. Singkatan FDC. | Kamus Komputer |
cakera RAM(RAM disk) | Storan ingatan utama bersaiz cakera liut yang dikhaskan untuk bertindak sebagai cakera liut. Cakera RAM diwujudkan untuk mempercepat masa pemprosesan kerana masa capaian ingatan capaian rawak (RAM) ingatan utama lebih pantas daripada masa capaian cakera liut sebenar. Cakera jenis ini biasanya diwujudkan pada permulaan penggunaan dan kandungannya kemudian disalinkan ke dalam cakera liut sebenar pada akhir penggunaan. | Kamus Komputer |
liut | lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; liat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unit cakera liut(floppy disk unit) | Peranti persisian komputer yang berfungsi menyimpan data dalam cakera liut. Singkatan FDU. | Kamus Komputer |
liut | lembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi tidak patah, liat: kayu-kayu yg ~; keliutan perihal liut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakera liut(floppy disk) | Peranti ingatan berbentuk cakera yang dibuat daripada tipisan bahan yang bersalut magnet. Cakera liut biasanya terdapat dalam tiga saiz, yang bergaris pusat 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci. Sinonim disket. | Kamus Komputer |
cakera liut | ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakera liut | (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliutan | perihal liut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat-liat | liang-liut, liuk-lentok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |