Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lepas topan (taufan) paksa baik.

Takrif

Habis kesusahan timbullah kesenangan. paksa = kesempatan, waktu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lepas putih hitam tak dapat.

Takrif

Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lepas kaki leher terjerat.

Takrif

Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lepas bantal berganti tikar.

Takrif

Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.

Takrif

Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Takrif

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam lepas bertaji.

Takrif

Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Takrif

Sukar dicari; merasa senang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Takrif

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Takrif

Pergi merantau tanpa tujuan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Lepas kuda jalan ke barat,
     Ambik kain buat panji;
Lepas muda jangan diharap,
     Ambik hak lain buat ganti.



Lihat selanjutnya...