Kata |
Takrif |
Sumber |
lucut | ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lucut III | Mn hilang, lenyap; melucutkan 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan, mencelakakan; lucup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut II | ; melucut melecet, melocak, mengelupas (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut I | ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luncur | 1 lucut drpd pegangan; terlepas; lulus: Wangnya ~ dr poket. 2 tidak berlaku lagi (bkn janji dll); lelap (bkn barang gadaian): Jam tangan yg digadaikannya itu telah ~. ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi. ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin. ~ angin sukan yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur sambil berpegang pd palang yg dipasangi layar. ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji. meluncur 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. meluncuri bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. meluncurkan menggerakkan sesuatu dgn cepat; melancarkan: ~ perahu. terluncur terlepas ke bawah; tergelincir. luncuran gerakan meluncur. peluncuran perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. peluncur 1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melondeh | tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dll), melorot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
locot II | ark ®lucut I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
londeh | (londéh) tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dll), melorot; melondehkan menanggalkan (melepaskan, melucutkan) pakaian dgn mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan; terlondeh tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dll), terlorot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik | 1 tidak mudah terbuka atau terlucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. 2 sempit dan mencerut (ttg pakaian, spt seluar); sendat; ketat: seluar yg ~. 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala. menerikkan menjadikan terik; mengemaskan; mengetatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali pinggang | tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
forfeiture | lucut hak | insurans | Tiada | Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
forfeit | lucut hak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
bow stopper | penahan (lucut) luan | Perikanan | Tiada | Tiada |
nonforfeiture value | nilai tidak lucut hak | insurans | Tiada | Nilai pinjaman tunai insurans berbayar dan insurans sementara diperluas tidak akan hilang sekiranya premium polisi berkenaan tidak berbayar. |
nonforfeiture option | opsyen tidak lucut hak | insurans | Tiada | Sekiranya insured gagal membayar premium seperti yang ditetapkan, ia boleh memilih sama ada mendapatkan wang tunai, membuat pinjaman untuk menjelaskan premiumnya, atau menukar bentuk polisinya kepada insurans sementara diperluas atau insurans berbayar terkurang. |
reduced paid-up insurance | insurans berbayar terkurang | insurans | Tiada | Insurans yang ditawarkan sebagai satu pilihan dalam faedah tidak lucut hak. Insurans ini memperuntukkan nilai tunai polisi yang digunakan sebagai premium tunggal untuk memiliki insurans berbayar yang berpatutan tetapi kurang daripada jumlah muka asal dalam kebanyakan kes. |
lapse | lupus | insurans | Tiada | Pemberhentian polisi kerana kegagalan membayar premium. Dalam insurans hayat, istilah ini merujuk kepada premium yang tidak diterima ketika polisi masih belum mempunyai nilai tidak lucut hak. |
whole-life insurance | insurans hayat seumur hidup | insurans | Tiada | Insurans yang berkuat kuasa sepanjang hayat seseorang insured dan pembayaran faedahnya dibuat apabila insured meninggal dunia. Polisi jenis ini mempunyai nilai tidak lucut hak dan pembayaran premium boleh dibayar secara premium tunggal, premium terhad atau premium sepanjang hayat. |
term life insurance | insurans hayat sementara | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang menyediakan perlindungan untuk tempoh yang ditetapkan. Lazimnya tempoh polisi adalah satu, lima, sepuluh tahun atau sehingga insured mencapai umur 65 atau 70 tahun. Insurans ini tidak menyediakan peruntukan nilai lucut hak seperti yang dikaitkan dengan polisi hayat seumur hidup. |
extended term insurance | insurans sementara lanjutan | insurans | Tiada | Peruntukan dalam kebanyakan polisi insurans hayat yang menyediakan opsyen untuk meneruskan perlindungan insurans yang sedia ada sebagai insurans sementara untuk selama tempoh yang boleh dibeli dengan nilai serahan polisi asal. Peruntukan ini ialah salah satu opsyen tidak lucut hak yang tersedia untuk insured jika premium tidak dibayar dalam masa tempoh tenggang. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lucut | lucut. | kedayan | |
lucut | 1 lepih [lpih]; 2 miyau [miyaw] | Melanau Dalat | |
mukah | lucut | TETAW | |
londeh | tanggal, lucut. | kedayan | |
lolos | lungso, lucut. | kedayan | |
leluih | londeh, lucut; | Melanau Mukah | |
lebuih I | lucut; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lucut | [lu.cut] | لوچوت |
locot (melocot, lucut) | [lo.cot] | لوچوت ( ملوچوت , لوچوت ) |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.
Lihat selanjutnya... |
|