Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kependekan ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
CHOGMCHOGM di Kuala Lumpur (1989) ialah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel ke-27
yang diadakan pada 18 hingga 24 Oktober 1898
UMUMUmum
KOR DIPLOMATIK

Kor diplomatik terdiri daripada ketua-ketua

misi diplomatik seperti duta-duta dan menteri-

menteri yang mewakili kerajaan di luar negara.

UMUM
PERDANA MENTERI

Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua

negara raja atau permaisuri di negara

pemerintahan beraja atau presiden di negara

republik melantik perdana menteri. Di

kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh

melantik pemimpin parti yang mempunyai suara

majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan

campuran. Perdana menteri dan kabinet

bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini

bermakna perdana menteri dan Kabinet patut

meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan

menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem

ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet

(lihat Kabinet ).

UMUM
SAFWAN IBN UMAYYAH

Safwan ibn Umayyah ( ? 36 H./? 656 M. ) ialah

salah seorang daripada kalangan sahabat nabi. Nama

penuhnya Safwan ibn Umayyah ibn Khalaf

al-Jumhiy al-Qurashiy. Dia dari golongan ketua-ketua

dan pembesar-pembesar Quraisy yang dilembutkan

hati mereka oleh Allah untuk menerima Islam. Dia

memberi 100 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w

dalam Perang Hunayn yang berlaku pada tahun

kelapan Hijrah. Rasulullah s.a.w. meminjam senjata

daripadanya pada hari Perang Hunayn yang pada

ketika itu dia belum lagi memeluk Islam. Safwan ibn

Umayyah terlibat dalam Perang Yarmuk di Syria pada

tahun ke-13 H. Dia meninggal dunia di Makkah.

UMUM
KETUA PADERI

Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi

pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang

Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M.

UMUM
KETUA BISKOP

Ketua biskop ialah ketua suatu provinsi

keagamaan Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja

lain.

UMUM
MUJIBUR RAHMAN

Mujibur Rahman (19201975), menjadi perdana

menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari

1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib)

meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada

bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan

presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera

negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan

membunuhnya pada bulan Ogos 1975.

UMUM
KETUA KAMPUNG

Ketua kampung, ketua bagi masyarakat sesebuah kampung. Ketua kampung biasanya dilantik berdasarkan pilihan ramai masyarakat sesebuah kampung.

BUDAYAJawatan/Gelaran
SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (1394 H. / 635713 M.

Said ibn al-Musayyab (1394 H. / 635713 M.),

ketua ahli fiqh, ketua para tabiin dan periwayat

hadith. Nama penuhnya ialah Said ibn al-Musayyab

ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi.

Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi

yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota

Makkah. Said mendengar hadith daripada Umar

ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith

daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Zaid

ibn Thabit, Aisyah, Saad ibn Abi Waqqas, Abu

Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan

orang yang paling mengetahui tentang hadithnya)

dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat.

UMUM