Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kependekan ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Duduk dengan cupak dan gantang.

Takrif

Ketua yang adil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana.

Takrif

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.

Takrif

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.

Takrif

Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membangkit-bangkit batang terendam.

Takrif

Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.

Takrif

Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merasuk seperti polong tak berjinjang.

Takrif

Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1