Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM
AHMAD BOESTAMAM

Ahmad Boestamam (19201983), tokoh politik,

sasterawan, dan wartawan Malaysia. Ahmad

Boestamam mempunyai semangat nasionalisme

yang kental dan seorang yang gigih dalam bidang

kewartawanan dan penulisan.

UMUM
MUSA IBN NUSAYR

Musa ibn Nusayr (19 H. 97 H./640 M. 715 M.),

ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman

pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya

ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd.

Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka

Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga

gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya

kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura,

Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang

pengawal peribadi Muawiyah. Musa telah dididik

dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah

menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya

lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya.

UMUM
1
Tesaurus
 
kental (adjektif)
1. Bersinonim dengan pekat: likat, menjelunut, melekat, ganteng, bergelintin, gadik, lekit, tidak cair,
Berantonim dengan cair

2. Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,

3. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : mengental, mengentalkan,