Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PAKAIAN ISTIADAT | PAKAIAN ISTIADAT, pakaian khusus untuk sesuatu istiadat. Tradisi amalan memakai pakaian istiadat ini diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu dahulu. | BUDAYA | Pakaian |
PAIP PERDAMAIAN | Paip perdamaian juga dikenali sebagai calumet, ialah istiadat menghisap paip tembakau yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Amerika di Amerika Utara sebagai tanda keamanan dan persahabatan. | UMUM | |
KENANG-KENANGAN SELANGOR | KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor. Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan. Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. | BUDAYA | Konsep |
PAKAIAN PERTABALAN | PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda. Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran. Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja. | BUDAYA | Pakaian |
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah. Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform. Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya. Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok. Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm. | BUDAYA | Pakaian |
MAJLIS ISLAM SARAWAK | MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian Adat Istiadat dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH | ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN | ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG | ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| istiadat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan adat kebiasaan: resam, adat resam, kelaziman, kebiasaan, cara, amalan, peraturan, ragam, aturan, teknik, kaedah, selok-belok, hukum, sistem, prosedur, jalan, gaya, laku, peri, lagak,
2. Bersinonim dengan majlis rasmi: perasmian, upacara, pelancaran, pengisytiharan, pemberitahuan.,
|
|
|