Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.



Lihat selanjutnya...